Ubah diri.....

BismillahhirRahmanirahim....

Alhamdulillah syukran Ya Rab.....
Tahun Baru Masehi muncul lagi untuk menguji kita bahawa dunia berputar pada paksinya dengan sekala yang sama ....tapi masa yang ALLAH  MEMBERI PERINGATAN...walau sudah ada tandanya tapi entah bila ....ALLAHUAKLAM.

Bersyukur dengan penuh kerendahan diri,dengan sifat kerdil pada diri,sifat kehambaan pada ALLAH yang mencipta ...tiada daya melainkan dengan RahmatNya....bernafas lagi.....MasyaALLLAH
Usaha berusaha .....
Diri kita sememangnya sangat lemah....pengisian rohani sangat perlu dibaiki...ditambah...mahupun dikenali...

Sana sini memperkatakan tentang Sudah sampaikah????? .....Apa yang sampainya itu....ialah hari kemusnahan....
Senang  kita perkatakan namun berat untuk kita menghadapinya....ALLAHHUAKHBAR!!!!
Siapa kita untuk mengiakan atau menidakkan....

Hanya ALLAH yang mengetahuinya.....
Usah difikirkan ....fikir untuk ubah diri kita itu lebih utama...
Oleh itu kita harus berpesan-pesan antara satu sama lain....bukan menghukum orang lain dengan pandangan yang berbeza pasti tercabar akhirnya...
Jika sudah hampir pun apa boleh kita lakukan....

Sebelum kemusnahan... perbaikilah diri....selagi ALLAH memberi rahmat pada kita,
 kita masih dalam lindunganNya...jika sudah sampai tempoh hanya amalan kita....kebaikan mengiringi perjalanan kita di sana kelak......

Carilah masa kenali diri kita ,ubah apa yang patut diubah.....gilap apa yang kabur...sinarkan apa yang malap..apabila sudah ada kesempurnaan ....tapi perlu ingat kita mungkin sempurna tapi tak sesempurna seperti yang ALLAH inginkan.....yang pasti kita tidak terkeluar dari landasan ISLAM yang sebenarnya..berbekalkan AL-QURAN dan pegangan AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.....



terima kasih ALLAH kerana memberiku ilham ...memberiku ruang dan peluang  menyumbang kebolehan walaupun hanya secebis ingatan moga-moga yang membacanya terdetik hati....InsyaALLAH...

ALLAH HUMABARIKLANA.........

KEJAR AKHIRAT

asalammualaikum...

Alhamdulillah....
takkala kita memikirkan kita sudah cukup sempurna sebenarnya kita perlu kekalkan kesempurnaan itu..
tapi dari segi apa sempurna itu..
MasyaALLAH...
bukan mudah untuk kita nyatakannya...jika ALLAH menarik balik segalanya tiada kekuatan kita..

APA janji kita ,mungkin banyak kita berjanji tapi tak dapat kita tepati...
Janji kita sesama manusia kekadang tidak kita tunaikan....kita kata kita hebat dan berbangga pada diri kenapa masih tidak sedar dalam diam kita melukakan seseorang.
Bagaimana  kita akan tersedar kecuali ALLAH menurunkan dugaan pada kita...di situlah baru kita terasa betapa menyesalnya...
Sebenarnya kita tak sedar bahawa setiap antara kita perlu adanya komunikasi yang baik...
buka main agak-agak ...
Berterus terang bukankah mudah...

Apa janji kita pada ALLAH...
Hati dan perasaan kita sentiasa berdolak dalik..
begitu juga dengan beribadah..hari ini mungkin kita wah!!! bersemangat untuk menambah amalan...
siapa tahu tetiba kita pergi untuk selamanya...
Mana pilihan kamu....sebenarnya kita tiada pilihan lagi kecuali kita istiqamah melakukan kebaikan dan suruhan ALLAH..
Mujur cepat sedar!!!!!! kalau tiada hidayah ALLAH mana
mungkin....MasyaALLAH...ALLAHUAKHBAR..
Tujuan nukilan ini bukan ditujukan kepada seseorang....tapi inilah kenyataanya...
dari pengalaman dan persekitaran kita yang terlalu sayangi dunia ...dan kurangnya takut akhirat...SUBHANALLAH....

Dunia yang kita puja  ini sudah terlalu tua usianya...mungkin  adanya golongan yang kuat beribadah ALLAH lanjutkan usianya....
Berdoalah kita tanpa jemu agar ALLAH lanjutkan usia kita supaya kecacatan diri disempurnakan sebaik-baiknya...
Moga-moga ibadah kita ikhlas,kyusuk,dan diterima ALLAH... teruskan beramal jauhi larangan,kemanisannya akan kita rasai bila ALLAH telah berjanji...INSYAALLAH....



Allah huma a girna minannar-
Allah huma a girna minannar-
Allah huma a girna minannar-

AMAL-MASA YANG BERBAKI..

Syukran Jiddan...Ya Rab...

Alhamdulillah....
Di pagi yang hening ini....tarikh 10 Muharram..pasti membawa keberkatan bagi kita sehingga akhir waktunya...semoga terus berkekalan sehingga di hujung hayat kita...InsyaALLAH.
Keredhaan ALLAH begitu penting untuk kita meneruskan hidup ini...
Cuba kita terus kekal mengingati, kita ini hanya hamba ALLAH yang kerdil yang menumpang di bumiNya yang hanya sementara yang kita sendiri tidak tahu tempoh " paspot" perjalanan kita ini...
Setiap antara kita berbeza menghabiskan waktu seharian yang diberikan dalam tempoh 24 jam sehari...12 jam siang 12 jam malam...bila dihitung agak lama..bila dilalui agak pantas...hingga ada kerja-kerja terbengkalai...
Masa yang ada kita lalui hanya untuk keduniaan mungkin..atau sebaliknya...
Kita sendiri yang membahagikan  antara sedar atau sengaja terlepas..
Mana mungkin kita menahan masa yang berlalu...kecuali kita hanya merakamkan detik-detik kenangan melalui gambar.
Kenapa tidak kita merakamkan kenangan yang baik-baik untuk dinilai ALLAH di hari pembalasan kelak..
Jadilah seorang yang rasanya hari ini baik...esok bertambah baik dan seterusnya...

Tiada daya kita ..kerana keinginan dan kehendak sukar kita kawal....kita harus kuat muhasabah diri..berdoa dan terus berdoa...beralihlah pandangan kita kepada yang baik-baik...InsyaALLAH..

Sesekali kita kecundang dalam kehidupan disebabkan kecuaian kita tanpa kita sedari kerana kegagalan kita menjaga suruhan ALLAH..

Jaga diri dan segarkan diri dengan amalan...InsyaALLAH.
Berbuat amal seolah-olah masa kita  hampir tamat......

Istajid walataiash...


JANGAN LALAI-BERSUJUDLAH .......

Alhamdulillah bertemu kembali dengan nafas yang dipinjamkankan oleh
 ALLAH S.W.T...SUBHANAALLAH!!!!!!!...ALLAHHUAKHBAR!!!!!

Kejadian dan perlakuan yang baik itu datangnya dari ALLAH ..bersujud dan berdoa padanya tiada mengenal jemu tiada rasa bosan,menyesal dan terasa beratnya perasaan itu menandakan kita sudah pun melepasi tahap seorang hamba yang taat yang baik yang menyedari bahawa segala perbuatan baik kita atas rasa cinta dan takut atas balasan apabila sampai masanya kelak entah bila ALLAHHUAKLAM....
Kekadang kita terleka dan terlalai walau hanya seminit....
Kekadang tercabar dengan sifat-sifat kemalasan kita..
Fikirkan balik kenapa mesti kita taat kepada ALLAH...
KENAPA mesti berbuat baik???
KENAPA mesti bersusah payah melaksanakan tanggungjawab pada keluarga ,masyarakat dan negara.???
KENAPA mesti bersangka baik???
KENAPA mesti saling hormat menghormati.???
Dan bermacam lagi persoalan yang hanya boleh dijawap oleh mereka-mereka yang sedar bahawa kita ini hanya hamba ALLAH... yang sudah semestinya patuh segala suruhaNya...tinggalkan laranganNYA..

Adakah peluang itu berkali-kali seperti berbuat salah meminta ampun!!!...banyak mana salah banyaklah juga minta diampun.!!!

Nyawa  yang dikandung badan ini hanya sekali saja ALLAH beri pinjam hanya sementara hayatilah....
Surah AL'ALAQ....
Moga kita tersedar dan tidak terlalai....InsyaALLAH.

Hadiah RAMADHAN



Alhamdulillah syukur pada Mu Ya ALLAH...
kurniaan dari Mu ini amat bererti....
Namun masih panjang lagi perjalanan anakku untuk kecapi kejayaan yang seterusnya..
Banyak rintangan dan kekuatan  diri perlu dalam meredah perjuangan ilmu.

Walau jauh mana sekali pun...walau susah mana sekali pun ...aku harap anakku cekal dan tabah..
Jangan kamu lalai wahai anakku  jangan kamu hanya pentingkan ilmu dunia dan cicirkan ilmu akhirat...
INGAT SESUNGGUHNYA anugerah ini dari ALLAH ....jangan sesekali kamu terleka.....
tiada keberkatan ilmu untukmu .....

Aku...Ibumu hanya iringi doa setiap masa agar kejayaan diperolehi ..INSYAALLAH AMIN..

"Al' ilmun bila 'amalin ka syajaratin bila tsamarin" teruskan beramal dengan ilmu yang ada agar nampak hasilnya....












Assalammualaikum ....Ah Lan Wah Sahlan Ya Ramadhan....

Assalammualaikum....Ah Lan Wah Sahlan Ya Ramadhan....

Syukur ALHAMDULILLAH...ke hadrat ALLAH s.w.t memberi peluang di bulan mulia ini untuk aku bersama-sama umat Muhammad s.a.w seluruh dunia menyambut dan menjalani ibadat puasa....

Berpuasa bukan sekadar berlapar dan dahaga....sentuhan rohani diri perlu dibaiki dan ditambah dengan pengisian sebenar erti berpuasa di bulan yang penuh keberkatan ini.
MasyaAllah ruginya jika kita tersedar apabila ianya telah berlalu......Dengan itu masih banyak  lagi berbaki untuk kita cari peluang itu...dan rebutlah peluang itu....

Tidak semua orang menyedari atau sedar dan buat-buat tak mengerti...alangkah manisnya ramadhan itu jika kita iringi bermacam-macam ibadah zahir mahupun batin...
Kekadang kita terlalai kerana asyik terlalu ingin mencukupkan keperluan seharian lebih-lebih lagi bila suasana Perayaan Hari Raya hampir tiba...

Kita turut terpanggil sama jika tiada kekuatan diri....rata-rata  orang ramai masih lagi tidak memahami dan dalam hayalan kehidupan bahawa selepas berpuasa kita meraikan Hari Raya..

Layakkah kita menyambutnya....
Dengan itu kita perlu renung sejenak ...apa yang ingin kita perolehi setiap kali tibanya Ramadhan...
Mungkin tiada kesedaran kerana kita terdiri dari berbagai lapisan ....apa ya...
owh....kita terdiri berbagai latabelakang kehidupan yang berbeza walaupun pada mata kasarnya kita seorang islam...

Pembentukkan kekeluargaan  itu penting ...jika kita perhati setiap keluarga ada berbeza-beza 'lifestyle'
Bukan nak kata keluarga saya hebat...tidaklah...dengan kehidupan yang ada...menjalani putaran hidup seharian berbekalkan ilmu yang ada....cukup menyedarkan diri ini bahawa terdapat insan-insan lebih bagus...dengan amalan-amalan mereka untuk mengumpul seberapa banyak pahala...yang hanya ALLAH MAHA MENGETAHUI.....

Man Jaddah Wahjadah.....siapa berusaha pasti kejayaan menjadi miliknya...
Apa pun moga ALLAH MEMBERI hidayah kepada mereka di bulan yang mulia ini .
Maka berbahagia kita apabila datangnya Hari Kebesaran...Hari Raya yang menandakan kita berjaya berjuang selama sebulan melawan nafsu bermalasan kita selama ini....

InsyaALLAH....moga semua amalan-amalan kita diterima ALLAH s.w.t
dan berterusan sehingga bulan-bulan lain.....kawal diri kita kerana syaitan sentiasa mengoda kita....MasyaALLAH.

Diakhiri ucapan "SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA BUAT SEMUA"