sambungan muka 2/bb1

            Rumah yang tersergam indah itu seperti tidak berpenghuni.Suasana rumah itu seperti kehilangan sesuatu.MURAM.Tiada kedengaran tawa-riang,gurau -senda,rumah yang terletak di hujung bandar itu kepunyaan Suliana.Rumah itu telah dihadiahkan oleh ibu dan ayahnya sempena hari perkahwinannya dengan Fitri,kekasihnya.Tapi sungguh malang bagi Suliana suaminya pergi meninggalkannya di waktu dia sedang sarat mengandung.Hanya zuriatnya itulah sebagai tanda kenangan daripada suaminya  yang tercinta.
             "Lia,"kata Fitri.
             "Ya bang".
             "Dengar tu,deruan ombak yang menghempas pantai,walaupun pantai sering berubah namun cinta dan hati abang tetap satu Lia.Cinta abang itulah abang berikan padamu,"kata Fitri yang tersekat-sekat.
             "Tapi Lia............."kata-kata Fitri telah dipotong oleh Suliana.
              "Tidak ada tetapinya bang".Jawab Suliana.
              "Walaupun umur kita jauh berbeza.Lia senang bersama abang".Tambah Suliana.
              "Tapi Lia ibu dan ayahmu.........."Belum habis Fitri menjelaskan ,Suliana  terus mencelah.
              "Abang ,bukankah telah Lia katakan dulu,abang tidak perlu memikirkan perkara yang bukan-bukan".
              "Ya, Lia ,tapi yang pentingnya ibu dan ayahmu tidak merestui perkenalan kita ini.Mereka menentang".
                Suliana tidak mahu menerima kenyataan yang kedua orang tuanya  tidak merestui hubungannya dengan Fitri.Lebih-lebih  lagi usia Fitri yang jauh berbeza itu.Fitri mengerti bahawa kedua orang tua Suliana menggangapnya sebagai penghalang untuk Suliana meneruskan pelajarannya.Tapi bagi Fitri,dia tidak menghalang  untuk Suliana meneruskan pelajarannya cuma dia tidak boleh menunggu lebih lama lagi.Di sebalik  wajah fitri yang tenang itu dia telah menyimpan satu rahsia. Rahsia itu amat berat sekali untuk dia mencurahkannya.Terutama kepada Suliana.Fitri hanya menunggu masa yang sesuai untuk dia berbuat demikian.Tapi desakkan orang tua Suliana untuk meneruskan pelajaran, membuatkan Fitri terpaksa berfikir dua kali.Fitri tidak mahu menghalang niat ibu dan ayah Suliana,berdosa baginya berbuat demikian.Lebih-lebih lagi,Suliana anak yang sulung dan anak perempuan tunggal.Ibu dan ayahnya menaruh harapan terhadapnya.Suliana sebenarnya dari keluarga yang berada.Kehidupannya sentiasa senang,apa yang dipinta kedua orang tuanya turutkan.Tapi kehendaknya kali ini tidak dipersetujui mereka berdua.Mereka beranggapan itu satu tindakkan yang bodoh dan sia-sia.Kahwin dan melepaskan peluang melanjutkan pelajaran.
 
        
 bersambung.......              

DEAR MY HUSBAND

my love,
my love is on hold
my love will rest in bloomed
lets it remain
be the last love




my love,
shaded face
captured my heart
give strength of spirit
hope happily ever after




my love,
you're poison you're  the honey
you're still my idol
i'm happy with you
thank my husband
you are always in my heart.
INSYAALLAH...............

RENUNG-RENUNGKAN

SEGALA bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan
 yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang
 mukmin adalah menjadi "kaffarah" (penghapus) 
kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa
 bencana itu.

Hadith Muslim dari Abdullah r.a katanya:”Aku datang 
mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit,
 lalu kusentuh baginda seraya berkata:”Ya Rasulullah! 
Demam anda bertambah teruk.”

Jawab baginda,”Memang demamku sama 
dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, 
“Semoga anda mendapat pahala berganda pula.”
Jawab baginda:”Semoga!”

Kemudian sabda baginda pula: ”Tidak ada seorang 
muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan 
sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala 
dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan 
daunnya.” Huraian

Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
 "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu 
menurut besarnya sesuatu bencana ujian; 
dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu 
kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang 
menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan 
beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang 
bersikap keluh kesah serta benci menerima
ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan 
dari Allah."
 (at-Tirmidzi dan Ibn Majah)

Rintihan.......

DUNIA YANG SEMAKIN TUA
BERTAMBAH KESENGSARAAN DALAM PEREDARAN MASA
TIDAK SEMUA YANG BOLEH MEMAHAMI
TIDAK SEMUA YANG BOLEH MENAMPILKAN DIRI




JUTAAN MANUSIA 
JUTAAN RAGAMNYA
TERFIKIR JUA DIKELOPAK HATI
APAKAH TERJADI BILA DUNIA TERHENTI


KEMUSNAHAN PASTI HAMPIR
TERLERAI SEGALA PERSOALAN
SEKELIP MATA HALILINTAR MEMBELAH BUMI
SEMPATKAH KITA MENGINSAFI DIRI


SEDARLAH MANUSIA DI MUKA BUMI
ENTAH ESOK 
ENTAH LUSA
TERCABUT NYAWA DARI BADAN
TIADA SIAPA YANG MENJANGKAKAN
KECUALI YA RABULALAMIN

novelku yang terbiar......bertajuk episod kehidupan

                      teringat




                   "Hidup ini mengapa tiba-tiba menjadi seksa.Jika lautan luas bisa kurenangi.Jikalah menjadi primadona bisa kuhadapi........
Mengapa ketika ini hatikulah yang bergetar.Hari ini,kita tidak lagi bersama seperti hari-hari yang lalu.Hari yang biasaku tatapi wajahnya.yang suram itu.Tapi kini raut wajahnya hilang di balik sudut pandangan ku".
                     Itu saja yang dapat dikeluhkan oleh Suliana.Hari-hari bahagianya berakhir dengan kesedihan.Sungguh malang nasibnya,dulu dia seorang yang periang,peramah dan sentiasa tersenyum mesra.Berlainan dengan sekarang.Dia lebih suka termenung,memikirkan masa depan yang harus ditempohinya.Dalam usia yang muda dia telah menjadi janda.
                      "Alangkah lembutnya angin,daun-daun bersiul dan unggas berterbangan.Alangkah mahalnya harga sebuah perpisahan.Selama ini aku tidak sempat merindu kerana kita tidak pernah berpisah.Tetapi hari ini kau jauh sekali.Terlalu banyak ku ingat tentang mu.Aku lupa dunia kerana kau".Suliana mengeluh lagi.


bersambung............

selamat bertemu.......

Alhamdunillah selamat bertemu di ruang ini.....pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada anak-anak yang membantu saya dalam membina laman ini.

sudah agak lama juga saya tidak mengerakkan jari jemari ini untuk meluahkan apa yang tersirat dalam sanubari .Almaklumlah sejak menjadi surirumah cita-cita mengarang ini terputus di tengah jalan.Syukur pada ALLAH kerana masih memberi denyutan nadi.....sudah terlalu lama otak ini tidak berkerja .....mungkin sekarang ni bahasa yang puitis pun sukar untuk dirungkaikan.Apa tidaknya  bahasa yang keluar seharian adalah bahasa pasar...kadang-kadang kasar didengar dek halua telinga.Mana tidaknya melayan kerenah anak-anak yang kian membesar.Terfikir juga di sanubari sebagai ibu sepatutnya bahasa-bahasa manja dilontarkan kepada anak-anak.Anak-anak moden katakan.....orang katalah bukan saya yang kata.
Apapun seronok jugak di sini saya dapat coretkan apa-apa yang boleh saya kongsikan pengalaman bersama pengunjung blog........

Buat permulaan ini saya dah pun sertakan sajak ...yang mana saja-saja dihasilkan......
Akan datang saya akan paparkan novel yang saya hasilkan  yang terperuk lama........

Terima kasih teman