sambungan muka 2/bb1

            Rumah yang tersergam indah itu seperti tidak berpenghuni.Suasana rumah itu seperti kehilangan sesuatu.MURAM.Tiada kedengaran tawa-riang,gurau -senda,rumah yang terletak di hujung bandar itu kepunyaan Suliana.Rumah itu telah dihadiahkan oleh ibu dan ayahnya sempena hari perkahwinannya dengan Fitri,kekasihnya.Tapi sungguh malang bagi Suliana suaminya pergi meninggalkannya di waktu dia sedang sarat mengandung.Hanya zuriatnya itulah sebagai tanda kenangan daripada suaminya  yang tercinta.
             "Lia,"kata Fitri.
             "Ya bang".
             "Dengar tu,deruan ombak yang menghempas pantai,walaupun pantai sering berubah namun cinta dan hati abang tetap satu Lia.Cinta abang itulah abang berikan padamu,"kata Fitri yang tersekat-sekat.
             "Tapi Lia............."kata-kata Fitri telah dipotong oleh Suliana.
              "Tidak ada tetapinya bang".Jawab Suliana.
              "Walaupun umur kita jauh berbeza.Lia senang bersama abang".Tambah Suliana.
              "Tapi Lia ibu dan ayahmu.........."Belum habis Fitri menjelaskan ,Suliana  terus mencelah.
              "Abang ,bukankah telah Lia katakan dulu,abang tidak perlu memikirkan perkara yang bukan-bukan".
              "Ya, Lia ,tapi yang pentingnya ibu dan ayahmu tidak merestui perkenalan kita ini.Mereka menentang".
                Suliana tidak mahu menerima kenyataan yang kedua orang tuanya  tidak merestui hubungannya dengan Fitri.Lebih-lebih  lagi usia Fitri yang jauh berbeza itu.Fitri mengerti bahawa kedua orang tua Suliana menggangapnya sebagai penghalang untuk Suliana meneruskan pelajarannya.Tapi bagi Fitri,dia tidak menghalang  untuk Suliana meneruskan pelajarannya cuma dia tidak boleh menunggu lebih lama lagi.Di sebalik  wajah fitri yang tenang itu dia telah menyimpan satu rahsia. Rahsia itu amat berat sekali untuk dia mencurahkannya.Terutama kepada Suliana.Fitri hanya menunggu masa yang sesuai untuk dia berbuat demikian.Tapi desakkan orang tua Suliana untuk meneruskan pelajaran, membuatkan Fitri terpaksa berfikir dua kali.Fitri tidak mahu menghalang niat ibu dan ayah Suliana,berdosa baginya berbuat demikian.Lebih-lebih lagi,Suliana anak yang sulung dan anak perempuan tunggal.Ibu dan ayahnya menaruh harapan terhadapnya.Suliana sebenarnya dari keluarga yang berada.Kehidupannya sentiasa senang,apa yang dipinta kedua orang tuanya turutkan.Tapi kehendaknya kali ini tidak dipersetujui mereka berdua.Mereka beranggapan itu satu tindakkan yang bodoh dan sia-sia.Kahwin dan melepaskan peluang melanjutkan pelajaran.
 
        
 bersambung.......              

No comments:

Post a Comment