Alhamdunillah selamat bertemu di ruang ini.....pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada anak-anak yang membantu saya dalam membina laman ini.
sudah agak lama juga saya tidak mengerakkan jari jemari ini untuk meluahkan apa yang tersirat dalam sanubari .Almaklumlah sejak menjadi surirumah cita-cita mengarang ini terputus di tengah jalan.Syukur pada ALLAH kerana masih memberi denyutan nadi.....sudah terlalu lama otak ini tidak berkerja .....mungkin sekarang ni bahasa yang puitis pun sukar untuk dirungkaikan.Apa tidaknya bahasa yang keluar seharian adalah bahasa pasar...kadang-kadang kasar didengar dek halua telinga.Mana tidaknya melayan kerenah anak-anak yang kian membesar.Terfikir juga di sanubari sebagai ibu sepatutnya bahasa-bahasa manja dilontarkan kepada anak-anak.Anak-anak moden katakan.....orang katalah bukan saya yang kata.
Apapun seronok jugak di sini saya dapat coretkan apa-apa yang boleh saya kongsikan pengalaman bersama pengunjung blog........
Buat permulaan ini saya dah pun sertakan sajak ...yang mana saja-saja dihasilkan......
Akan datang saya akan paparkan novel yang saya hasilkan yang terperuk lama........
No comments:
Post a Comment