Saham-saham ke neraka

Berikut disenaraikan beberapa perkara yang boleh menghumbankan sesiapa yang mempunyai satu atau lebih ciri-ciri berikut ke neraka jahanam:

-Syirik kepada Allah iaitu menyekutukan Allah dengan sesuatu samada dalam rububiyyah,uluhiyyah mahupun nama-nama dan sifat-sifatNya.Allah berfirman maksudnya ,'Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain,maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga,dan tempat kembalinya ialah neraka."(Surah al-Ma'idah 5:72)

-Kufur kapada Allah,para malaikat,kitab,rasul,hari kiamat.qada dan qadar Allah.

-Mengingkari salah satu daripada rukun Islam yang lima.

-Mengolok-olokkan Allah,agama-Nya atau rasul-Nya,benarlah firman Allah yang bermaksud,"Dan jika engkau bertanya kepada mereka(tentang ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab:'Sesunguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main'.katakanlah:'Patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?"(Surah al-Tawbah 9:65-66)

-Mencaci Allah,agama islam,atau rasul-Nya iaitu mencela,mengaibkan atau merendahkan.

-Berhukum dengan selain daripada hukum Allah dengan keyakinan bahawa hukum yang dibuat itu lebih besar atau sama dengan hukum Allah.Allah berfirman yang bermaksud," Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah(kerana mengingkarinya).maka mereka itulah orang kafir."(surah al-Ma'idah 5:44)

-Munafik iaitu apabila sesorang menyembunyikan kekafirannya dalam hati tetapi secara lahiriah seorang Muslim.Ini jelas dalam firman Allah s.w.t,maksudnya,"sesungguhnya orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam )neraka."(Surah al-Nisa'4;145)


Petikan; Syeikh Muhammad bin Shalih ai-Uthaimin,Majelis Bulan Ramadhan,terbitan Pustaka Imam asy-Syafi'i,Jakarta,him355-362.Salinan dari-Solusi.ms 98.

SAMBUNGAN MUKA 6/BB1

Sekarang Suliana terpisah daripada Fikri.Dia utara dan Fitri di selatan.Sebelum Suliana mendaftarkan dirinya,pada hari yang sama Fitri meninggalkan bandar itu.Dia seperti orang merajuk.Membawa diri pergi merantau ke tempat yang asing,yang begitu asing baginya.Fitri sebenarnya tidak ada ibu dan ayah,mereka sudah lama bersemadi.Di dunia ini dia hanya seorang sahaja .Tiada saudara mara ,untuk dia mengadu Dia tersisih.
"Fitri,jadi kau meninggalkan bandar ini?"tanya teman serumahnya.Azman."
"Kalau tak ada halangan ,petang nanti aku akan berangkat."jelas Fitri..
"Fitri aku ingin tahu adakah Suliana telah mengetahui penyakitmu itu?"
"Tidak Azman!Aku tidak sanggup untuk berbuat demikian.Aku tidak mahu Suliana bersimpati dengan apa yang menimpa diriku ini."
"Fitri,kau harus mengerti bahawa Suliana terlalu sayangkan kau."
"Sudahlah Azman.aku tak sanggup untuk berbuat demikian,aku harus pergi sekarang."Jawab Fitri.
"Fitri,jagalah dirimu baik-baik.Syarikat kita itu biar aku yang uruskan,kau tidak perlu risau."

baesambung...............................

IBU

Menjelangnya hari ibu ini.....hatiku terasa pilu,apa tidaknya aku sudah kehilangan insan yang bernama IBU  itu sudah sekian lamanya...Jasa IBU akan kukenang tetap utuh disanubariku......IBU tiada dapatku katakan...lagi,tiada dapatku panggilmu lagi.....Sayu hati ini tidak dapatku tahankan lagi.Ya Allah Kau tempatkanlah roh ibuku bersama-sama orang-orang yang soleh......Al-Fatihah.

Tidak dapatku meneruskan rangkap kata-kata puitis kerana sayunya aku dikala ini...............................................

TUNTUT ILMU

1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum,berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.........Petikan ini diucapkan oleh YAB  Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Haji.Abd.Razak.
1 Malaysia membawa aspirasi untuk membaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalinkan perpaduan yang lebih erat.
Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati.keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum.
1 Malaysia juga mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai slogan 'RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'

Di sini saya ingin berkongsi rasa berkongsi masa kepada semua,bagi anak-anak kita yang sedang meningkat dewasa yang akan menjadi tulang belakang negara kelak.....wahai anak bangsa janganlah leka dengan kehidupan....bangunlah kamu semua dengan bersemangat waja.........menjadi wira negara dalam apa jua bidang.Berbagai-bagai imbuhan diberikan oleh kerajaan janganlah kamu leka....perlu diingat wahai anak-anak...jangan berbalahan sesama kita,jangan menunding jari sesama kita,majukan diri kita,jadikan kejayaan orang lain pemangkin semangat kita.Jangan irihati serta buruk sangka.

Dengan slogan yang dibawa bermaksud pencapaian diutamakan........saya percaya ilmu adalah segalanya tanpa ilmu bagaimana nak memimpin negara,wahai anak-anak kejarlah ilmu ,tuntutlah ilmu setinggi mana yang kamu terdaya......InsyaAllah