SENTUHANKU

Di kejauhan  sanubari kita ada hati yang halus,yang  mana tidak akan kita tertahan untuk dipendam perasaan ini.Hati akan terusik samada kita suka atau duka.kesedihan yang ditanggung akhirnya akan mengalirkan air di kelopak mata tanpa dipaksa......suratan dan takdir ,qada dan qadar Allah tidak boleh dinafikan.Kita harus sedar ujian dari Allah jika berat dan terlalu berat untuk diharungi perlu redha...yang mengalaminya pasti terlalu berat untuk ditanggung,yang berada disisinya juga perlu sedar inilah kekuasaan Allah menguji umatnya.

Sedar atau tidak ujian ini bukan setakat kepada yang diuji tetapi kita yang mengenali orang yang diuji turut tercuit rasa.....Allah nak menguji kita sejauhmana hati dan perasaan kita,tentang sayangnya kita padanya,tentang janji kita padanya,tentang pengorbanan kita padanya.Cuba kita fikir seketika ....apa yang terkata hanya kesian.....memang  adatlah sesuatu kejadian yang buruk menimpa seseorang yang kita kenali atau tidak kenali pasti ayat kesian terlontar.

Kita perlu muhasabah diri dengan kejadian,atau apa sahaja malapetaka itu semuanya dari ALLAH S.W.T. kita ini sebenarnya tidaklah sehebatmana.....bila diuji kita rasa tidak tabah,kemudian muncul rasa redha......tapi kekadang hati berbalik-balik akan sesuatu yang kita boleh katakan masih rasa kurang sabar.
Sedar tak kita kenapa begini.......kerana kita masih belum mempunyai kekuatan untuk menerima sesuatu musibah itu .......
Dengan itu kita mesti ingat segala yang baik dari ALLAH S.W.T. Kita perlu ada kekuatan.kita perlu ada keyakinan,kita perlu ada sokongan .....ya sokongan kita,selain ALLAH S.W.T  tempat kita mengadu.
Sokongan dan semangat kita akan membakar keraguan, orang yang diuji....sokongan kita adalah semangat buatnya meneruskan kehidupan ini InsyaAllah .