Assalamualaikum pada teman-teman semua.....
Hari ini dikejutkan dengan berita pemergian anak kenalanku....
Takdir yang terbina atas ke hendak Allah.s.w.t....pedih,pilu,sebak pasti meruntun seorang ibu apabila anak kesayangan pergi menyahut seruan Ilahi.
Dalam kita menanti kedatangan Ramadhan,rupa-rupanya kematian mendahului kita,kita perlu mengambil iktibar,perlu ambil sedikit masa dalam kotak fikiran  dan juga kata hati....bahawa kematian tidak boleh ditangguhkan bilamana ianya dah tertulis sejak kita diperut ibu lagi.....
Hati ibu mana yang tidak pilu.....anak yang hari-hari dipeluk,dicium,dibelai tiba-tiba telah tiada.....
kita hanya mampu berserah pada Allah agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh.....Al-FATIHAH.



imbas kembali perbualan si anak dan ibu tersayang:

Si Ibu  : "Esok hari lahir mak "kata ibunya dengan penuh kasih sayang
Si Anak; "Bertanya ?Mak nak apa, nanti Hafis belikan" dengan manja dia meletakkan kepalanya di riba ibunya.
Dialog ini saja dah buat kita mengalirkan airmata....hadiah untuk ibunya adalah pemergiannya......