Hadiah RAMADHAN



Alhamdulillah syukur pada Mu Ya ALLAH...
kurniaan dari Mu ini amat bererti....
Namun masih panjang lagi perjalanan anakku untuk kecapi kejayaan yang seterusnya..
Banyak rintangan dan kekuatan  diri perlu dalam meredah perjuangan ilmu.

Walau jauh mana sekali pun...walau susah mana sekali pun ...aku harap anakku cekal dan tabah..
Jangan kamu lalai wahai anakku  jangan kamu hanya pentingkan ilmu dunia dan cicirkan ilmu akhirat...
INGAT SESUNGGUHNYA anugerah ini dari ALLAH ....jangan sesekali kamu terleka.....
tiada keberkatan ilmu untukmu .....

Aku...Ibumu hanya iringi doa setiap masa agar kejayaan diperolehi ..INSYAALLAH AMIN..

"Al' ilmun bila 'amalin ka syajaratin bila tsamarin" teruskan beramal dengan ilmu yang ada agar nampak hasilnya....












Assalammualaikum ....Ah Lan Wah Sahlan Ya Ramadhan....

Assalammualaikum....Ah Lan Wah Sahlan Ya Ramadhan....

Syukur ALHAMDULILLAH...ke hadrat ALLAH s.w.t memberi peluang di bulan mulia ini untuk aku bersama-sama umat Muhammad s.a.w seluruh dunia menyambut dan menjalani ibadat puasa....

Berpuasa bukan sekadar berlapar dan dahaga....sentuhan rohani diri perlu dibaiki dan ditambah dengan pengisian sebenar erti berpuasa di bulan yang penuh keberkatan ini.
MasyaAllah ruginya jika kita tersedar apabila ianya telah berlalu......Dengan itu masih banyak  lagi berbaki untuk kita cari peluang itu...dan rebutlah peluang itu....

Tidak semua orang menyedari atau sedar dan buat-buat tak mengerti...alangkah manisnya ramadhan itu jika kita iringi bermacam-macam ibadah zahir mahupun batin...
Kekadang kita terlalai kerana asyik terlalu ingin mencukupkan keperluan seharian lebih-lebih lagi bila suasana Perayaan Hari Raya hampir tiba...

Kita turut terpanggil sama jika tiada kekuatan diri....rata-rata  orang ramai masih lagi tidak memahami dan dalam hayalan kehidupan bahawa selepas berpuasa kita meraikan Hari Raya..

Layakkah kita menyambutnya....
Dengan itu kita perlu renung sejenak ...apa yang ingin kita perolehi setiap kali tibanya Ramadhan...
Mungkin tiada kesedaran kerana kita terdiri dari berbagai lapisan ....apa ya...
owh....kita terdiri berbagai latabelakang kehidupan yang berbeza walaupun pada mata kasarnya kita seorang islam...

Pembentukkan kekeluargaan  itu penting ...jika kita perhati setiap keluarga ada berbeza-beza 'lifestyle'
Bukan nak kata keluarga saya hebat...tidaklah...dengan kehidupan yang ada...menjalani putaran hidup seharian berbekalkan ilmu yang ada....cukup menyedarkan diri ini bahawa terdapat insan-insan lebih bagus...dengan amalan-amalan mereka untuk mengumpul seberapa banyak pahala...yang hanya ALLAH MAHA MENGETAHUI.....

Man Jaddah Wahjadah.....siapa berusaha pasti kejayaan menjadi miliknya...
Apa pun moga ALLAH MEMBERI hidayah kepada mereka di bulan yang mulia ini .
Maka berbahagia kita apabila datangnya Hari Kebesaran...Hari Raya yang menandakan kita berjaya berjuang selama sebulan melawan nafsu bermalasan kita selama ini....

InsyaALLAH....moga semua amalan-amalan kita diterima ALLAH s.w.t
dan berterusan sehingga bulan-bulan lain.....kawal diri kita kerana syaitan sentiasa mengoda kita....MasyaALLAH.

Diakhiri ucapan "SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA BUAT SEMUA"