Syukran Jiddan...Ya Rab...
Alhamdulillah....
Di pagi yang hening ini....tarikh 10 Muharram..pasti membawa keberkatan bagi kita sehingga akhir waktunya...semoga terus berkekalan sehingga di hujung hayat kita...InsyaALLAH.
Keredhaan ALLAH begitu penting untuk kita meneruskan hidup ini...
Cuba kita terus kekal mengingati, kita ini hanya hamba ALLAH yang kerdil yang menumpang di bumiNya yang hanya sementara yang kita sendiri tidak tahu tempoh " paspot" perjalanan kita ini...
Setiap antara kita berbeza menghabiskan waktu seharian yang diberikan dalam tempoh 24 jam sehari...12 jam siang 12 jam malam...bila dihitung agak lama..bila dilalui agak pantas...hingga ada kerja-kerja terbengkalai...
Masa yang ada kita lalui hanya untuk keduniaan mungkin..atau sebaliknya...
Kita sendiri yang membahagikan antara sedar atau sengaja terlepas..
Mana mungkin kita menahan masa yang berlalu...kecuali kita hanya merakamkan detik-detik kenangan melalui gambar.
Kenapa tidak kita merakamkan kenangan yang baik-baik untuk dinilai ALLAH di hari pembalasan kelak..
Jadilah seorang yang rasanya hari ini baik...esok bertambah baik dan seterusnya...
Tiada daya kita ..kerana keinginan dan kehendak sukar kita kawal....kita harus kuat muhasabah diri..berdoa dan terus berdoa...beralihlah pandangan kita kepada yang baik-baik...InsyaALLAH..
Sesekali kita kecundang dalam kehidupan disebabkan kecuaian kita tanpa kita sedari kerana kegagalan kita menjaga suruhan ALLAH..
Jaga diri dan segarkan diri dengan amalan...InsyaALLAH.
Berbuat amal seolah-olah masa kita hampir tamat......
Istajid walataiash...