Semalam dah menaip panjang lebar ...alih-alih tak ada letrik.....putus...puas memerah minda topik apa yang nak dibicarakan ...akhirnya hilang .Apakan daya kita hanya merancang.....Jadi hari ini teringin untuk sambung kembali harap-harap berjalan lancar segala catatan peribadi ini..InsyaAllah.
Tinggal beberapa hari sahaja tahun baru akan berarak datang sejajar dengan perhitungan hari agar cepat berlalu...bagi mereka yang akan menjadi pengantin baru pasti biarlah masa cepat berlalu,bagi warga yang sudah meningkat usia pasti biarlah masa berlalu dengan harapan biarlah lambat.....
Anak-anak pun sudah selesai belajar untuk tahun ini,tapi keputusan peperiksaan yang diterima pasti ada yang menjadi kebanggaan ibubapa ,tidak kurang juga yang buat ibubapa naik marah.......
Sebelum masalah ini berlarutan perlu ada tindakan,Kekadang terdapat juga ibubapa tidak ambil pusing tentang pelajaran anak-anak...dengan alasan biarlah dia pandai sendiri...
Sememangnya ada sesetengah pelajar mempunyai otak yang cerdik,ada juga yang biasa-biasa sahaja....
yang biasa-biasa saja inilah kita perlu beri tumpuan....dengan harapan usaha itu tangga kejayaan. jadi kita tak boleh mengalah.Mungkin di sekolah cikgu kurang memberi tumpuan kepada mereka peluang inilah perlu diambil alih ibubapa.Jika kita dah usahakan masih juga tidak berjaya kita perlu ingat banyak lagi cara-cara yang terbaik buat anak-anak kita ....
Kita perlu berdoa,sentiasa doakan anak-anak kita agar berjaya bukan setakat dalam pelajaran sahaja,kehidupan seharian mereka,pergaulan mereka,keselamatan mereka,dan apa sahaja yang baik-baik buat mereka....yang penting anak-anak ini mesti solat jangan tinggal solat.....dengan bersembahyang,maka perkara-perkara yang dilarang Allah dapat dijauhi .InsyaAllah.
Ulang tahun....
Alhamdulilah......dengan izinnya ikatan kasih sayang kami berdua...aku dan suami yang tercinta berpanjangan usianya mencecah 20 tahun....Hari ini genaplah 20 tahun perkahwinan kami....Syukur padaMu Ya Allah...kerana memberi kami peluang hidup bersama....
Pahit,manis kehidupan kami berdua hanya kau yang lebih mengetahui....
Kekadang ada jua perselisihan....kekadang ada juga kemarahan...kekadang ada juga ketidaksefahaman...Alhamdulilah dapat kami atasi.......
Hanya padaMu .....kupohon...moga hari-hari yang berarak datang,melambai-lambai kebahagian yang terus kekal sehingga nafas terakhir.
Syukur padaMu Ya Allah memberi jodoh buatku,memberi pasangan buatku,memberi teman bergurau senda dan memberi sahabat bertumbuk manja.....
Yealah kekadang berasa sukar untuk mengambarkan perasaan itu....yang berkocak-kocak bermain di minda....apapun semoga ianya terus kekal bertahta...dan utuh di situ......InsyaAllah.

waktu berlalu........
Sekian lama menyepikan diri,
Biasalah kita setiap insan yang mana masih dipinjamkan roh pada jasad ini oleh Allah S.W.T. sibuk menguruskan hal-hal keluarga.Kesibukan kita mengatasi segalanya,amat sukar untuk kita menghuraikan setiap minit masa yang berlalu itu,jika kita boleh menahan waktu dari terus belalu......
Mana boleh begitu,kita sendiri yang sepatutnya menjaga waktu kita ini agar diisi dengan secukupnya dengan sesuatu yang bermanafaat.Kita hanya boleh menginginkan begitu atau begini tapi kita sendiri yang leka.
Penghujung tahun hampir tiba ,setiap kalinya kita akan merasakan belum cukup puas dengan apa yang telah kita lakukan.Manusia memang tidak pernah puas.....tetapi puaskah kita dengan ibadah kita,dengan hubungan silaturahim antara keluarga,kebaikan kepada adik beradik kita,dan yang utama dengan orang tua kita.Pasti ada yang masih kurangnya kita, tanpa kita sedari atau buat-buat tidak sedar.Tapi apakan daya kita,semuanya ingin kita lakukkan sebaik mungkin,Pepatah mengatakan buat baik berpada pada buat jahat jangan sekali.Untuk menyihatkan minda kita,kita buat kebaikan Allah balas kebaikan kita...InsyaAllah.

- SELAMAT MENYAMBUT BULAN MUHARAM..........
Subscribe to:
Posts (Atom)