Semalam dah menaip panjang lebar ...alih-alih tak ada letrik.....putus...puas memerah minda topik apa yang nak dibicarakan ...akhirnya hilang .Apakan daya kita hanya merancang.....Jadi hari ini teringin untuk sambung kembali harap-harap berjalan lancar segala catatan peribadi ini..InsyaAllah.
Tinggal beberapa hari sahaja tahun baru akan berarak datang sejajar dengan perhitungan hari agar cepat berlalu...bagi mereka yang akan menjadi pengantin baru pasti biarlah masa cepat berlalu,bagi warga yang sudah meningkat usia pasti biarlah masa berlalu dengan harapan biarlah lambat.....
Anak-anak pun sudah selesai belajar untuk tahun ini,tapi keputusan peperiksaan yang diterima pasti ada yang menjadi kebanggaan ibubapa ,tidak kurang juga yang buat ibubapa naik marah.......
Sebelum masalah ini berlarutan perlu ada tindakan,Kekadang terdapat juga ibubapa tidak ambil pusing tentang pelajaran anak-anak...dengan alasan biarlah dia pandai sendiri...
Sememangnya ada sesetengah pelajar mempunyai otak yang cerdik,ada juga yang biasa-biasa sahaja....
yang biasa-biasa saja inilah kita perlu beri tumpuan....dengan harapan usaha itu tangga kejayaan. jadi kita tak boleh mengalah.Mungkin di sekolah cikgu kurang memberi tumpuan kepada mereka peluang inilah perlu diambil alih ibubapa.Jika kita dah usahakan masih juga tidak berjaya kita perlu ingat banyak lagi cara-cara yang terbaik buat anak-anak kita ....
Kita perlu berdoa,sentiasa doakan anak-anak kita agar berjaya bukan setakat dalam pelajaran sahaja,kehidupan seharian mereka,pergaulan mereka,keselamatan mereka,dan apa sahaja yang baik-baik buat mereka....yang penting anak-anak ini mesti solat jangan tinggal solat.....dengan bersembahyang,maka perkara-perkara yang dilarang Allah dapat dijauhi .InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment