Langkawi,here i am

Walaupun sudah jejak sebulan pulang jalan-jalan di Langkawi....masih terasa seronoknya berada di pulau yang menjadi impian sesiapa yang ingin melancong ke sana.Alhamdulilah ....sampai juga aku ke sana.....

Langkawi ! Langkawi! Langkawi !.....tentu bagi aku tertanya-tanya manalah rupanya Langkawi tu,macamana nak pergi sana,nak duduk di mana bermacam-macam andaian terlontar....yealah bila tanya sesiapa yang dah pergi ke sana melontarkan kata-kata atau pengalaman yang berbeza.
Di sebabkan perbezaan ini aku terfikir kenapa tidak sama pengalaman itu.....
ooo rupanya beginilah ceritanya bermula:

Sebelum kita mengambil keputusan nak ke sana pastikan cukup budget...maklum sajalah  bagi yang berkemampuan boleh naik kapal terbang,yang suka menikmati keindahan alam ciptaan Allah ini, aku rasa naik kereta lagi menyeronokkan.
Kita boleh naik feri samada daripada kuala kedah di kedah ataupun Kuala Perlis di Perlis.......kenapa aku pilih di kuala Perlis ,sebabnya di Kuala Perlis perjalanan menaiki feri untuk ke langkawi cuma lebih kurang 1 jam sahaja,jadi taklah kita duduk lama sangat dalam feri tu....Di Kuala Kedah katanya 2 jam untuk sampai ke Langkawi.
Bila sampai di jeti terawal nilah sunyi sepi aje ,tulah sebabnya banyak hotel  yang murah ada di
sekitar jeti Kuala Perlis ini, kaunter buka semula seawal pagi dari pukul 7.00 sehingga 5.00 petang...mintak maaflah yek yang terlambat tu.Mengenai kereta pula yang tidak boleh bawa masuk ke Langkawi, jangan risau kereta kita boleh diletakkan ditempat letak kereta yang banyak berhampiran jeti dengan kadar bayaran rm10.00 sehari.
tapi di waktu siang haaaa......ramainya orang,panjang beratur nak beli tiket.Di kaunter tiket ni pulak ada satu aje yang menguruskan tiket waktu tu.....tapi mereka cekap buat kerja, cepat aje prosess ....tapi bagi yang tak sabar tu....macam aku nilah....yealah panjang tu....Allah permudahkan segalanya....di depan aku adalah abang-abang yang tengah dok bincang pasal tiket....dia uruskan tak payah beratur...aku pun tumpang le sekaki kat situ....takut jugak buatnya kaki kelentong  nak kata apa....harga tiket dewasa rm36.00 dan kanak-kanak pula rm26.00 ini untuk pergi dan balik.....barulah aku faham abang-abang tu mencari penumpang untuk feri kecil yang tak sampai pun 100 penumpang ,maksudnya mereka ada berkumpulan kena cari penumpang untuk 1 group kira-kira 20 orang.....dan ada pulak perkenalkan hotel-hotel untuk kita duduk di Langkawi.Dah selesai pasal tiket...sekarang tunggu le pengumuman nama feri yang nak naik....feri yang aku naik waktu tu Fortune Express 1pukul 12.00 tengahari bergerak.....
Bila dah diumumkan aku sekeluarga dengan group 20 orang tadi naiklah feri yang aku sangkakan nak disemak ke tiket tu rupanya tak payah......ada sekeping kertas diserahkan tadi pada salah seorang group aku tadi.....dan tiket tu pulak jangan dihilangkan sebabnya nak balik nanti perlu dicopkan bila nak naik feri untuk balik nanti...maknannya tiket tu terbuka ....dan tak kira bila kita nak balik...tapi dalam tempoh...alamak tak ingatlah sebulan kot.....heheh sorry.
suasana tempat menunggu feri
tiket 
feri kecil
terpaksa berdiri menunggu feri...banyak beg ...tak perlu risau tiada sukatan berapa banyak barang boleh dibawa dalam feri
suasana membeli tiket
en abang yang jual tiket secara kumpulan
dalam feri selesa dan dipertontonkan video keselamatan menaiki feri....apa perlu dilakukan apabila ada berlakunya kecemasan

sewaktu menuju ke feri setelah dengar pengumuman ,untuk naik feri tak perlu berebut,kerana tempat duduk memang sedia ada....jadi jangan risau

selamat sampai di Jeti Kuah,Langkawi,Alhamdulilah syukur pada Allah dengan rahmatNya...Amin.

No comments:

Post a Comment