SEDARLAH REMAJA

Di kejauhan masa yang berlalu betapa syahdunya merungkai kisah-kisah di zaman remaja.Sewaktu ketika dahulu semua di antara kita pasti merasa zaman remaja.Sebelum meningkat remaja pasti di zaman bayi lagi kita hanya tahu menangis,meragam  yang kekadang kita sendiri tak  ketahui.......hanya ibulah yang memahaminya......alangkah bertuahnya kita mempunyai ibu yang menyayangi kita.Kita hanya menurut rentak gerak geri asuhan ibu kita......masa berjalan dan di usia remaja pula kekadang kita  meragam tetapi di waktu ini kita minta ibu kita pula mengikut rentak kita.Alahai usia....begitu pantas mengejar masa.

Di alam remaja,pasti kita terkenang lapisan-lapisan peristiwa yang mengusik jiwa,yang menyentuh kalbu,tak kurang juga yang ibarat api panas membara.
Di usia remaja ,apa yang kita terlintas ingin lakukan sekadar mengisi masa,berbual,bersenda,itupun jika ada bait-bait masa yang terluang.Seindah melodi,jika ada yang mengalunkanya pasti mengusik jiwa...............
Alangkah indahnya ,bahagianya di waktu itu,terfikirkah kita zaman kita dulu berbeza dengan zaman anak-anak kita.

Sekarang pasti banyak kerisauan menjelma di sanubari ibu dan bapa.Banyak gejala sosial melanda golongan remaja,anak-anak muda tidak menghargai kebebasan yang ibubapa berikan..............kegelisahan pasti meruntun jiwa ibubapa apabila melepaskan anak-anak keluar rumah.Tak kiralah samada untuk belajar atau keluar bekerja.Sebagai ibubapa,hanya mendoakan kesejahteraan anak.Wahai anak-anak ,kamu perlu jaga diri kamu sendiri,kamu sendiri mesti pandai mensesuaikan diri.
Ibubapa hanya dapat memandang dari kejauhan.......sedarlah wahai remaja jangan leka dengan hiburan dunia,jangan melampau had batasan pergaulan,jangan terpedaya dengan hasutan rakan.Ingat sembahyang....berdoa  agar ALLAH  melindungi kamu sentiasa........kamu ingat ALLAH ,pasti ALLAH ingat kamu.
Ku pohon keredhaanMu YA ALLAH lindungilah anak-anak remaja agar tidak terlalai,terleka,terjebak daripada hasutan syaitan yang terus menerus menyesatkan kita.............AMIN.

EMOSI

Hari ini apa yang ingin saya bicarakan adalah mengenai emosi.Setiap kita mempunyai emosi yang berbeza.
Ada yang ceria sentiasa,ada yang muram ......,ada yang sedih,malahan ada yang senyum memanjang...........
Walau apa yang anda rasakan sekarang ini mungkin ingin dikongsikan bersama...suami tercinta ke ,teman sepejabat ke,teman seperniagaan ke......atau sesiapa sahaja yang anda fikir dapat menghiburkan anda.
          Emosi yang dirasai tidak kekal  .....kadang-kadang berbeza ....hari ini rasa ceria,mungkin esok akan berasa kosong saja..............Renunglah diri kita...apa yang belum kita lakukan,atau sudah lakukan tapi belum cukup mengatasi keinginan.Apa yang masih terbuku dihati yang belum dilepaskan.Adakah angan-angan masih  lagi angan-angan.....belum menjadi kenyataan.
           Emosi mengatasi segalanya ,jika kita rasa suka,emosi kita adalah ceria.jadi wajah pun bercahaya.Jika kita rasa kecewa,emosi kita adalah muram,jadi wajah kita pun kelam.........
Jika emosi terganggu semuanya tak jadi apa.
            Untuk mengatasinya ,hanyalah kita tak usah sangat banyak fikir,sentiasa bersemangat,yang penting  kita bersyukur kehadrat Ilahi dengan apa yang kita ada,Cuba anda fikirkan apa yang anda ada tapi orang lain tak ada......dan apa yang orang lain lebih tetapi anda tak ada.
             Renung sejenak di hati sanubari anda.....dunia ini hanya sementara......fikirlah dengan dalamnya...........jangan lalai mengejar keduniaan yang pasti amalan kita  akan menjadi timbangan diakhirat kelak.. InsyaAllah.

sambungan m7/bb2

PERPISAHAN



           Suliana pula mengambil keputusan untuk menemui Fitri sebelum dia bertolak ke Pulau Pinang .Suliana kecewa kerana Fitri telah terlebih dahulu  meninggalkannya Hanya sekeping nota ditujukan untuknya.Begini bunyinya:
LIA KUSAYANG ,
 ABANG TELAH MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MENINGGALKAN BANDAR INI.WALAUPUN BERAT RASA HATI,ABANG TERPAKSA BERBUAT DEMIKIAN.LIA,ABANG POHON AGAR LIA TERUS BERJUANG DALAM MENCAPAI CITA-CITA .USAHLAH KAU MENCARI ABANG .SEWAKTU KAU MENERIMA NOTA INI ABANG TELAH BERADA JAUH.ABANG PASTI TIDAK AKAN MENEMUI KAU LAGI.LIA, LUPAKANLAH ABANG
SELAMAT TINGGAL SAYANG
Nota yang bertanda tangan Fitri itu digenggam erat.Suliana tidak dapat menahan sebak didadanya.Setitis demi setitis air matanya berjujuran.
             "Oh,Abang ........!laungnya.
             "Sampai hati kau meninggalkan aku sendirian.Melupakan janji-janji kita untuk sehidup semati bersama.Kau kejam!!!!"
Azman yang berada di situ sendiri tidakdapat berbuat apa-apa.Dia turut bersedih .Tetapi apalah dayanya,dia sendiri telah berjanji kepada Fitri.Janjinya itu tidak boleh dinodai.Azman cuba menenangkan perasaan Suliana                                        
              " Sudahlah Suliana,kau tidak perlu terus menerus bersedih.Fitri pergi pun untuk kebaikkan kau dan juga dirinya.Dia perlu mencari ketenangan .Dia tidak akan lama ..........."
Tiba-tiba kata-kata Azman terhenti.
                "Apa maksud kau Azman!"
                 "Tidak....tak ada apa-apa..."sambung Azman.
Azman cuba menyembunyikan maksud kata-katanya itu.Suliana melangkah pergi.Pemergiannya dalam kehampaan.Wajahnya menampakkan dalam kesedihan.


bersambung..................

Saham-saham ke neraka

Berikut disenaraikan beberapa perkara yang boleh menghumbankan sesiapa yang mempunyai satu atau lebih ciri-ciri berikut ke neraka jahanam:

-Syirik kepada Allah iaitu menyekutukan Allah dengan sesuatu samada dalam rububiyyah,uluhiyyah mahupun nama-nama dan sifat-sifatNya.Allah berfirman maksudnya ,'Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain,maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga,dan tempat kembalinya ialah neraka."(Surah al-Ma'idah 5:72)

-Kufur kapada Allah,para malaikat,kitab,rasul,hari kiamat.qada dan qadar Allah.

-Mengingkari salah satu daripada rukun Islam yang lima.

-Mengolok-olokkan Allah,agama-Nya atau rasul-Nya,benarlah firman Allah yang bermaksud,"Dan jika engkau bertanya kepada mereka(tentang ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab:'Sesunguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main'.katakanlah:'Patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?"(Surah al-Tawbah 9:65-66)

-Mencaci Allah,agama islam,atau rasul-Nya iaitu mencela,mengaibkan atau merendahkan.

-Berhukum dengan selain daripada hukum Allah dengan keyakinan bahawa hukum yang dibuat itu lebih besar atau sama dengan hukum Allah.Allah berfirman yang bermaksud," Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah(kerana mengingkarinya).maka mereka itulah orang kafir."(surah al-Ma'idah 5:44)

-Munafik iaitu apabila sesorang menyembunyikan kekafirannya dalam hati tetapi secara lahiriah seorang Muslim.Ini jelas dalam firman Allah s.w.t,maksudnya,"sesungguhnya orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam )neraka."(Surah al-Nisa'4;145)


Petikan; Syeikh Muhammad bin Shalih ai-Uthaimin,Majelis Bulan Ramadhan,terbitan Pustaka Imam asy-Syafi'i,Jakarta,him355-362.Salinan dari-Solusi.ms 98.

SAMBUNGAN MUKA 6/BB1

Sekarang Suliana terpisah daripada Fikri.Dia utara dan Fitri di selatan.Sebelum Suliana mendaftarkan dirinya,pada hari yang sama Fitri meninggalkan bandar itu.Dia seperti orang merajuk.Membawa diri pergi merantau ke tempat yang asing,yang begitu asing baginya.Fitri sebenarnya tidak ada ibu dan ayah,mereka sudah lama bersemadi.Di dunia ini dia hanya seorang sahaja .Tiada saudara mara ,untuk dia mengadu Dia tersisih.
"Fitri,jadi kau meninggalkan bandar ini?"tanya teman serumahnya.Azman."
"Kalau tak ada halangan ,petang nanti aku akan berangkat."jelas Fitri..
"Fitri aku ingin tahu adakah Suliana telah mengetahui penyakitmu itu?"
"Tidak Azman!Aku tidak sanggup untuk berbuat demikian.Aku tidak mahu Suliana bersimpati dengan apa yang menimpa diriku ini."
"Fitri,kau harus mengerti bahawa Suliana terlalu sayangkan kau."
"Sudahlah Azman.aku tak sanggup untuk berbuat demikian,aku harus pergi sekarang."Jawab Fitri.
"Fitri,jagalah dirimu baik-baik.Syarikat kita itu biar aku yang uruskan,kau tidak perlu risau."

baesambung...............................

IBU

Menjelangnya hari ibu ini.....hatiku terasa pilu,apa tidaknya aku sudah kehilangan insan yang bernama IBU  itu sudah sekian lamanya...Jasa IBU akan kukenang tetap utuh disanubariku......IBU tiada dapatku katakan...lagi,tiada dapatku panggilmu lagi.....Sayu hati ini tidak dapatku tahankan lagi.Ya Allah Kau tempatkanlah roh ibuku bersama-sama orang-orang yang soleh......Al-Fatihah.

Tidak dapatku meneruskan rangkap kata-kata puitis kerana sayunya aku dikala ini...............................................

TUNTUT ILMU

1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum,berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.........Petikan ini diucapkan oleh YAB  Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Haji.Abd.Razak.
1 Malaysia membawa aspirasi untuk membaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalinkan perpaduan yang lebih erat.
Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati.keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum.
1 Malaysia juga mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai slogan 'RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'

Di sini saya ingin berkongsi rasa berkongsi masa kepada semua,bagi anak-anak kita yang sedang meningkat dewasa yang akan menjadi tulang belakang negara kelak.....wahai anak bangsa janganlah leka dengan kehidupan....bangunlah kamu semua dengan bersemangat waja.........menjadi wira negara dalam apa jua bidang.Berbagai-bagai imbuhan diberikan oleh kerajaan janganlah kamu leka....perlu diingat wahai anak-anak...jangan berbalahan sesama kita,jangan menunding jari sesama kita,majukan diri kita,jadikan kejayaan orang lain pemangkin semangat kita.Jangan irihati serta buruk sangka.

Dengan slogan yang dibawa bermaksud pencapaian diutamakan........saya percaya ilmu adalah segalanya tanpa ilmu bagaimana nak memimpin negara,wahai anak-anak kejarlah ilmu ,tuntutlah ilmu setinggi mana yang kamu terdaya......InsyaAllah