PERPISAHAN
Suliana pula mengambil keputusan untuk menemui Fitri sebelum dia bertolak ke Pulau Pinang .Suliana kecewa kerana Fitri telah terlebih dahulu meninggalkannya Hanya sekeping nota ditujukan untuknya.Begini bunyinya:
LIA KUSAYANG ,
ABANG TELAH MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MENINGGALKAN BANDAR INI.WALAUPUN BERAT RASA HATI,ABANG TERPAKSA BERBUAT DEMIKIAN.LIA,ABANG POHON AGAR LIA TERUS BERJUANG DALAM MENCAPAI CITA-CITA .USAHLAH KAU MENCARI ABANG .SEWAKTU KAU MENERIMA NOTA INI ABANG TELAH BERADA JAUH.ABANG PASTI TIDAK AKAN MENEMUI KAU LAGI.LIA, LUPAKANLAH ABANG
SELAMAT TINGGAL SAYANG
Nota yang bertanda tangan Fitri itu digenggam erat.Suliana tidak dapat menahan sebak didadanya.Setitis demi setitis air matanya berjujuran.
"Oh,Abang ........!laungnya.
"Sampai hati kau meninggalkan aku sendirian.Melupakan janji-janji kita untuk sehidup semati bersama.Kau kejam!!!!"
Azman yang berada di situ sendiri tidakdapat berbuat apa-apa.Dia turut bersedih .Tetapi apalah dayanya,dia sendiri telah berjanji kepada Fitri.Janjinya itu tidak boleh dinodai.Azman cuba menenangkan perasaan Suliana
" Sudahlah Suliana,kau tidak perlu terus menerus bersedih.Fitri pergi pun untuk kebaikkan kau dan juga dirinya.Dia perlu mencari ketenangan .Dia tidak akan lama ..........."
Tiba-tiba kata-kata Azman terhenti.
"Apa maksud kau Azman!"
"Tidak....tak ada apa-apa..."sambung Azman.
Azman cuba menyembunyikan maksud kata-katanya itu.Suliana melangkah pergi.Pemergiannya dalam kehampaan.Wajahnya menampakkan dalam kesedihan.
bersambung..................
No comments:
Post a Comment