Beringat-ingat di waktu sihat..............buat masa ini ketika kita sihat boleh ke sana kemari pada bila-bila masa tidak perlu pertolongan orang.Tapi pernah tak terfikir di waktu kita sakit siapa yang akan menjaga kita nanti.....
suami,anak-anak lelaki ,anak-anak perempuan,adik beradik perempuan,adik beradik lelaki,emak saudara,bapa saudara................tentunya tiada siapa yang akan terlintas di kotak pemikiran...........mungkin belum berlaku apa nak difikirkan.Bila tedengar jiran mengeluh betapa sukarnya bila tidak ada peneman di hospital....terpaksalah meminta bantuan jururawat......tapi yang pasti kebiasaanya jururawat membantu apa yang terdaya oleh mereka.
Bila terfikir akan situasi ini aku terkenang sewaktu menjaga arwah ibuku ,betapa untungnya aku dapat menjaga ibu setiap malam di hospital.Walaupun hanya sementara.....tapi aku puas kerana Allah memilih aku untuk menjaga ibuku sewaktu terlantar di hospital....bukan hanya aku adik lelakiku juga terpilih...............
Beruntung pada sesiapa yang terpilih.............atau merelakan diri mereka menjaga orang yang sakit.Besar pahalanya......................Besar mana pahala yang diterima,yang pasti keikhlasan.Semuanya mesti ikhlas..............Hanya Allah saja kita panjatkan doa agar sentiasa sihat..............dan bila sakit biarlah ada yang ikhlas menemani kita...............Janji Allah...........setiap perbuatan yang baik dibalas kebaikan.Semoga kita semua tergolong dalam insan-insan yang berhati mulia.INSYAALLAH.
No comments:
Post a Comment