Kenangan di langkawi,malaysia

Alhamdulilah,setelah membuat kiraan ke mana nak pergi bercuti dengan budget yang berpatutan aku sekeluarga mengambil keputusan memilih Langkawi .....
Oleh kerana bilangan keluarga aku seramai 7 orang ,aku mengambil keputusan menyewa homestay,kerana aku nak menjimatkan kos makan.
aku pun telah menyediakan serba sedikit barang keperluan untuk memasak seperti beras,ikan kering yang siap digoreng,mee hoon,sardin,bawang,kicap,minyak masak dan ada juga sambal yang telah aku goreng kering supaya tahan lama.
biarlah apa orang nak kata ....aku kekampungan ke,tapi betul le tu, taman aku ni bermula dengan nama Kampung Kenangan....hehhehe.
Memang telah menjadi kebiasaan bila berjalan-jalan aku akan memasak seawal pagi......aku akan masak untuk makan tengah hari .....tapi kali ini aku masak banyak kerana perjalanan yang agak jauh.......bila lapar berhenti makan di R&R.
Bertolak pun taklah awal pagi kerana aku mengambil keputusan berangkat lebih awal dari tarikh booking homestay.....untuk singgah mana-mana tempat yang menarik......
anak-anak yang seronok bila diajak berjalan

15 minit perjalanan baru sampai sungai rambai

berhenti makan di R&R


permandangan sawah padi sepanjang jalan ke utara
jeti di kuala perlis
menanti pengumuman feri,selesa jugak ada tempat duduk
pemandangan pulau langkawi dari feri
baru turun feri...tunggu yang lain masih di dalam feri
keadaan homestay
kereta vios-untuk kegunaan di langkawi...semuanya suka naik sebab tak macam rusa
tempat yang pertama pergi-Pantai Tanjung Rhu
HARI KE-2                      Makam Mahsuri.
Makam Mahsuri
Di pantai Cenang-nak mandi
beria-ia nak mandi,dah sampai -anak lelaki saja yang mandi
sekitar Pantai Cenang

HARI KE-3                          Nak naik CableCar-rupanya angin kuat kat atas tu-ditangguhkan
pusing-pusing kat Oriental Village
banyak kedai-kedai cenderahati kat sini
persekitarannya pun cantik
cuci mata -macam-macam ada
apa ke namanya dah lupa......
tanya lagi kat kaunter Cable Car-si adik ni kata tak boleh naik lagi kalau nak datang lagi buat panggilan jadi takpayahlah tunggu lama-lama boleh ronda ke tempat lain dulu

part 2- Langkawi,here i am


Setahu aku Langkawi paling diminati orang untuk dilawati...memandangkan jika kita duduk jauh sekali pun tetap ingin ke sini...langkah sewajarnya buat impian agar menjadi kenyataan ..InsyaAllah ...segalanya mungkin jadi kenyataan.
Aku bukanlah sibuk sangat nak bicarakan mengenai isu kenapa Langkawi menjadi pilihan.....yealah bagi orang seperti aku ini hanya berkemampuan bercuti di dalam Malaysia sahaja...tentu Langkawi pilihan aku.....
Pasti berbagai-bagai pendapat orangramai mengenai Langkawi...dan juga berbagai-bagailah pengalaman mereka.
Ini aku punya penyataan yang mana aku bertanya bukan aku menceduk dari mana-mana sekadar memberi sepatah dua...tak cukup tu mesti berpatah-patah ayat barulah seronok ........tapi tak boleh juga meleret-leret nanti tangkap boring lak.........
Langkawi sebuah distinasi perlancongan yang menyeronokkan...kenapa??????
kerana:-
1.Struktur mukabuminya sangat unik-ini bagi mereka yang pencinta alam.
2.Dimajukan agar menjadi daya tarikan pelancong-ini menambahkan pendapatan penduduk dan kerajaan juga.
3.Sejarah Mahsuri itu sendiri menjadi daya tarikkan -banyak juga cerita-cerita lain.
4.Banyak dibangunkan tempat menarik untuk kita lawati-seperti Telaga Hir hangat,Cable Car,Telaga Tujuh...dan  banyak lagi...
5.Penginapan juga banyak-Hotel-Hotel Mewah dan sederhana....yang lebih berminat untuk memasak sendiri terdapat juga Homestay.
6.Barang-barang bebas Cukai banyak -pilih sahaja....seperti...pinggan mangguk,beg,coklat dan berbagai lagi .

Ramai yang datang dari berbagai golongan....bapa-bapa,surirumah,pelajar,golongan elit,dan kanak-kanak:

kalaulah kita tanya kepada ibu-ibu,apa yang seronok kat Langkawi ini....mesti jawabnya...oooi beli pinggan mangkuklah.....
kalaulah kita tanya kepada kanak-kanak ,seronok aje jawabnya ...kenapa? entah..hehehee.
kalau kita tanya bapa-bapa, seronok kalau berduit sebab dapat menyeronokkan keluarga sesekali berjalan.
tapi
yang tak seronok pun ada

tanya pada surirumah,ada juga yang jawap alah apa yang seronok kat Langkawi ini pinggan aje..hehehe
tanya pulak pada kanak-kanak,ada yang jawap, mak beli coklat sikit aje
tanya pada bapa, ada juga yang jawap, pasal tak beli banyak-banyak kat Langkawi tu---padahal budget dah habis.hehhehehe.

Kalau nak  aku  beri jawapan....

kepada surirumah itu....la yang banyak duit memang le seronok dapat beli pinggan tu
kepada kanak-kanak pulak..berapa banyak kau nak telan coklat tu
kepada si bapa.... laaa pasal tak cakap awal-awal....boleh bawak duit berkarung-karung(duit syiling tabung)hehehe

Apa pun sebenarnya Langkawi bukan setakat membeli belah:
kita boleh menghayati keindahan ciptaan Allah dengan melihat struktur geologinya.....berbagai-bagai struktur terhasil dipersekitaran langkawi berbagai-bagai pekej untuk menyelusuri sekitar pulau itu.
Semua golongan pasti tertarik dan terpikat dengan langkawi ini sekiranya dapat menikmati keseluruhan keindahan alam tak kurang juga dengan lagendanya.

di telaga air hangat
di makam mahsuri
luar makam mahsuri
pantai pasir hitam
pantai pasir hitam
underwater
underwater
menaiki cable car
pemandangan dari cable car....oriental village
oriiental village
Jika diberi peluang aku ingin ke sini lagi InsyaAllah.

Langkawi,here i am

Walaupun sudah jejak sebulan pulang jalan-jalan di Langkawi....masih terasa seronoknya berada di pulau yang menjadi impian sesiapa yang ingin melancong ke sana.Alhamdulilah ....sampai juga aku ke sana.....

Langkawi ! Langkawi! Langkawi !.....tentu bagi aku tertanya-tanya manalah rupanya Langkawi tu,macamana nak pergi sana,nak duduk di mana bermacam-macam andaian terlontar....yealah bila tanya sesiapa yang dah pergi ke sana melontarkan kata-kata atau pengalaman yang berbeza.
Di sebabkan perbezaan ini aku terfikir kenapa tidak sama pengalaman itu.....
ooo rupanya beginilah ceritanya bermula:

Sebelum kita mengambil keputusan nak ke sana pastikan cukup budget...maklum sajalah  bagi yang berkemampuan boleh naik kapal terbang,yang suka menikmati keindahan alam ciptaan Allah ini, aku rasa naik kereta lagi menyeronokkan.
Kita boleh naik feri samada daripada kuala kedah di kedah ataupun Kuala Perlis di Perlis.......kenapa aku pilih di kuala Perlis ,sebabnya di Kuala Perlis perjalanan menaiki feri untuk ke langkawi cuma lebih kurang 1 jam sahaja,jadi taklah kita duduk lama sangat dalam feri tu....Di Kuala Kedah katanya 2 jam untuk sampai ke Langkawi.
Bila sampai di jeti terawal nilah sunyi sepi aje ,tulah sebabnya banyak hotel  yang murah ada di
sekitar jeti Kuala Perlis ini, kaunter buka semula seawal pagi dari pukul 7.00 sehingga 5.00 petang...mintak maaflah yek yang terlambat tu.Mengenai kereta pula yang tidak boleh bawa masuk ke Langkawi, jangan risau kereta kita boleh diletakkan ditempat letak kereta yang banyak berhampiran jeti dengan kadar bayaran rm10.00 sehari.
tapi di waktu siang haaaa......ramainya orang,panjang beratur nak beli tiket.Di kaunter tiket ni pulak ada satu aje yang menguruskan tiket waktu tu.....tapi mereka cekap buat kerja, cepat aje prosess ....tapi bagi yang tak sabar tu....macam aku nilah....yealah panjang tu....Allah permudahkan segalanya....di depan aku adalah abang-abang yang tengah dok bincang pasal tiket....dia uruskan tak payah beratur...aku pun tumpang le sekaki kat situ....takut jugak buatnya kaki kelentong  nak kata apa....harga tiket dewasa rm36.00 dan kanak-kanak pula rm26.00 ini untuk pergi dan balik.....barulah aku faham abang-abang tu mencari penumpang untuk feri kecil yang tak sampai pun 100 penumpang ,maksudnya mereka ada berkumpulan kena cari penumpang untuk 1 group kira-kira 20 orang.....dan ada pulak perkenalkan hotel-hotel untuk kita duduk di Langkawi.Dah selesai pasal tiket...sekarang tunggu le pengumuman nama feri yang nak naik....feri yang aku naik waktu tu Fortune Express 1pukul 12.00 tengahari bergerak.....
Bila dah diumumkan aku sekeluarga dengan group 20 orang tadi naiklah feri yang aku sangkakan nak disemak ke tiket tu rupanya tak payah......ada sekeping kertas diserahkan tadi pada salah seorang group aku tadi.....dan tiket tu pulak jangan dihilangkan sebabnya nak balik nanti perlu dicopkan bila nak naik feri untuk balik nanti...maknannya tiket tu terbuka ....dan tak kira bila kita nak balik...tapi dalam tempoh...alamak tak ingatlah sebulan kot.....heheh sorry.
suasana tempat menunggu feri
tiket 
feri kecil
terpaksa berdiri menunggu feri...banyak beg ...tak perlu risau tiada sukatan berapa banyak barang boleh dibawa dalam feri
suasana membeli tiket
en abang yang jual tiket secara kumpulan
dalam feri selesa dan dipertontonkan video keselamatan menaiki feri....apa perlu dilakukan apabila ada berlakunya kecemasan

sewaktu menuju ke feri setelah dengar pengumuman ,untuk naik feri tak perlu berebut,kerana tempat duduk memang sedia ada....jadi jangan risau

selamat sampai di Jeti Kuah,Langkawi,Alhamdulilah syukur pada Allah dengan rahmatNya...Amin.

inilah kerja sambilanku seharian.....


Membuat roti adalah paling aku seronok ........yang tak seronok kadang-kadang malas jugak ......sesiapa berminat tempahlah....ikut selera memasing.....



Jika ada keperluan buat kek sendiri tapi tak le sehebat macam kat kedai...tapi Alhamdulilah menjadi jugak



Jika mendapat tempahan Syukur pada ALLAH ada jugak rezeki masuk....


Tapi yang sebenarnya berniaga kedai juga satu impian....walaupun kecik-kecik ..sekadar isi masa



Entah ,agaknya disebabkan semuanya terminat, berniaga kuih muih dan sarapan pagi pun jadi.....


Tapi ,yang paling seronok berbudi pada tanah,kecik-kecik dulu kat kampung tanam ubi....kat rumah taman ni mana boleh tanam....jadi balik kampung cari anak pisang  terus tanam ....menjadi jugak......


Aku tanam saja-saja tapi ramai jiran-jiran pun dapat merasa sama tanamanku......orang kata panjang-panjangkan nanti banyak lagi hasilnya....InsyaAllah.


Inilah dia buah pisang yang dah aku tebang pokoknya dapat jugak makan......


Akhir sekali inilah nama perniagaan aku ...moga-moga akan terus berkembang.....jika Allah mengizinkan,jika aku terus bersemangat,jika aku diberi kekuatan,kesihatan yag baik ...InsyaALLAH segalanya  dengan izinNya...AMIN.
 

lembaran baru muka baru.....

Alhamdulilah....ketemu kembali ,syukur pada rahmatMu memberi peluang padaku bernafas dalam detik saat kejadian di muka bumi ini.......
Tahun baru menjelang dengan minat,semangat yang baru wahal ni hanyalah tahun baru Masehi.......tak mengapalah apa pun perlu disambut  bukannya beria-ia sekadar mengenang tahun yang berarak datang ini mungkin akan terpaut sesuatu yang meningkatkan lagi....perasaan kecintaan kita:
kecintaan kita kepada Allah yang Maha Agung.
kecintaan kita kepada Para Nabi dan Rasul
kecintaan kita kepada suami tersayang
kecintaan kita kepada anak-anak
kecintaan kita kepada ibu dan bapa
kecintaan kita  kepada adik beradik
kecintaan kita kepada saudara mara
kecintaan kita kepada jiran tetangga
dan kecintaan kita kepada seluruh umat dimuka bumi ini......

segala-galanya perlu ada pada diri kita.....tapi tak semestinya yang kita ada sudah memadai...
apa pun buat permulaan ini kita catitkan dulu kenangan lama yang tak seharusnya masih ditakuk lama perlu ada peningkatan.segala segi perbuatan mahupun kehendak hati.InsyaAllah .....Allah akan bersama-sama dengan orang-orang yang sabar.....dengan dugaan di dunia ini....mungkin belum takdirnya Allah memperkenankan doa kita......teruskan berdoa......InsyaAllah.