Apa aku rasa....mungkin orang pernah rasa

Rasanya dah berbulan tak menatap di blogku ini...... sebenarnya ada juga mencari idea untuk menulis di sini ,banyak sangat yang menegahnya bukannya sesibuk mana tapi hahahah yang sebenarnya malas......
apa pun kali ini ingin dikaitkan dengan keramahan pekerja di Jabatan Kerajaan.Apa taknya sakit hati tu tak le,bukannya apa pun saja aje aku nak menghangatkan keadaan...eyalah aku pun tak le bekerja dengan kerajaan heheheh.....orang banyak memperkatakan yang untungnya bekerja dengan kerajaan apataknya banyak kemudahan yang kerajaan berikan.Tentu berbanggalah sesiapa yang bekerja dengan kerajaan ....iya kot,takkan terpaksa pulak.
Tapi yang buat aku tertanya lagi menghangatkan tu.....inilah ceritanya.....
Oleh kerana aku terpaksalah ke pejabat kerajaan ini untuk membuat satu kerja sebab anak aku ni nak masuk u....hahaha.....kalau ikutkan, aku ni bukannya rajin sangat nak gi pejabat ni.....nak jadikan ceritalah ....pejabat tu punyalah lenggang....bagus tu ..taklah aku lama sangat buat urusan.....tapi yang tak syoknya pegawainya bukan nya nak senyum.....masam dan bersahaja aje mukanya ketiga-tiga pegawai macam tu.....aku biasalah senyum ajelah sebab aku sekarang ini tengah belajar sentiasa senyum.....awet muda le katakan.....
apa lagi terbakarlah aku geram.....walhal tertulis di depan kaunter hadapan ayat "SENYUM SELALU".....biasalah kalau tulisan aje tulis senyum tapi pekerjanya haiiiiiiiii......

Ginilah mungkin kerani pertama itu gaduh kot dengan laki dia sebab rupanya macam dah berkahwin.
kerani no 2 tu gaduh dengan pakwenya.....dan en abang yang ke 3 tu kena marah dengan bininya......

Sekarang faham apa yang aku tidak berkenan,jadi sewaktu keluar bangunan tu aku cakap le agak tak le kuat sangat......aku kata "Apalah salahnya senyum sikit.....teruk sangat ke kerja kerajaan "tapi adalah seorang lelaki tu terdengar.....siapa???? kata dia ....."Alah orang yang kat dalam tu...." aku rasa orang tu kerja kat situ .....
katanya "Biasalah manusia.....hati lain-lain".....masaalah inilah yang sepatunya setiap individu itu sepatunya berubah..
aku rasa kerajaan patut mencari pegawai mukanya yang manis-manis agar kita yang buat urusan ini sejuk mata memandang....

No comments:

Post a Comment