Cerita ini hanya cerita biasa .....tapi aku suka untuk kita kongsi bersama.....
anak-anakku kalau ke sekolah yang perempuan memang pandai berjimat.....
teringatku kepada anakku yang sorang ni, memang pandai berjimat sewaktu aku berniaga nasi lemak dulu ...dia sering membawa nasi lemak yang ku bungkus nasi tu yang paras bawah sekali kekadang berkerak tapi tak le yang kerak hitam tu aku kasi ......teruk benar aku ni.....
Anakku ini akan makan di waktu rehat di sekolah memang tak jemu-jemu dia membawa nasi lemak ...kekadang katanya ada cikgu yang datang menjengah apa yang dimakan oleh anakku ini.....duit sekolah disimpan untuk membeli novel.....rindu pulak aku nak bekalkan nasi untuk anakku ini tetapi sekarang dia belajar di asrama tak le dapatku bekalkan nasi lemak.....
Kakaknya yang sorang ni pun sewaktu di tingkatan lima ....sangat sibuk dengan tusyen di sekolah.....sebelah petang kekadang belajar dengan kawan kerana cikgu kata anakku ini teruk dalam add maths ...pada mulanya aku tak perasan yang dia tak belanjakan duit sekolah....katanya tak sempat gi kantin...mak aiiii......nak makan pun payah...kesiannya.......nak belajar tapi perut kosong.
Aku pun mengambil langkah memasak di awal pagi....bukanlah lauk yang hebat-hebat.....kekadang sebiji telur yang digoreng pun anakku ini suka....janji mak dia yang bekalkan....makanlah anakku ini tetapi bukannya masa rehat pukul 10 tetapi sebelah petang rasanya dalam pukul 2 lebih sebelum bermula kelas petang.
Pasti aku akan merindui anak-anakku ini yang menyambung persekolahan,yang jauh dimata tetapi dekat dihati...dikejauhan nanti hanya dapatku iringkan doa agar kamu terus cemerlang.InsyaAllah.
Anak-anakku belajarlah kamu supaya menjadi orang-orang yang hebat kerana ibumu tak sehebat mana....menjadi anak-anak yang soleha,menjadi kebanggaan ibu dan bapa.....ingat Allah sentiasa.....ingat segalanya kerana Allah.....
kerana kamulah insan-insan yang dipilih oleh Allah.Alhamdulillah Syukur padaMu.
No comments:
Post a Comment