sambungan muka 5/bb1

                 Sampai saja Suliana di rumah sewa Fitri,dia hampa kerana Fitri tidak ada di rumah.Dia menunggu.Tidak berapa lama selepas itu ,kedengaran satu suara  memanggilnya.
                 "Suliana!"
                 "Oh Abang."
                 "Sudah lama sampai."
                 "Bary saja."
                 "Ada apa hal cari abang ni.Muram saja"
                 "Abang adakah perkenalan kita ini akan berakhir di sini."Suliana bersuara.
                 "Apa maksudmu Lia."
                 "Semalam Lia bergaduh dengan Ibu  dan Ayah.Lia telah memberitahu mereka mengenai rancangan kita.Mereka menentang.Mereka mahu Lia belajar lagi."Suliana menjelaskan .
                 "Baguslah begitu.Abang setuju dengan cadangan Ibu dan Ayah Lia itu."
                 "Apa!"Suliana terkejut dengan penjelasan Fitri itu.Dia tidak menyangka Fitri akan berkata demikian.
                 "Lia, niat mereka itu baik.Abang telah memikirkan sedalam-dalamnya perkara ini.Abang mengambil keputusan menunggu  Lia ,sehingga tamat pengajian.Abang terpaksa...."Jelas Fitri yang memendam perasaan sedih.Keputusan yang dilakukan itu amat berat ditanggungnya.Dia sebenarnya terpaksa.Dia juga mahu Suliana berjaya.
                  "Jika beginilah pendirian Abang,Lia tidak mahu tunggu lama di sini.Biarlah Lia pergi.Abang tidak memerlukan Lia lagi.Lia benci."
                   Suliana terus berlari meninggalkan Fitri yang dalam kebinggungan.Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya orang yang dicintainya harus ditinggalkan.Dia sendiri tidak tahu kenapa dia tergamak berkata demikian.
                   "Biarlah Suliana pergi."kata hatinya.
                   Di rumah Suliana  tidak henti-henti menangisDia kesal dengan nasib yang menimpa dirinya.Orang yang dikasihinya seolah-olah tidak menghiraukan keinginannya.Akhirnya dia mengambil keputusan menerima tawaran masuk ke Universiti Utara Malaysia.Keputusan itu diutarakan kepada orang tuanya.Mereka gembira akhirnya anak mereka bersetuju meneruskan pelajarannya.



bersambung..................................    

siapakah dia

siapakah dia yang dulunya menyendiri
siapakah dia yang dulunya  ketandusan
hakiki yang sebenarnya tiada ketahui
kini hanya sepi


kekelutan malam membayangi
kesucian pagi menembusi emosi
tiada tanda-tanda 
tiada yang bisa mengerti kudrat Ilahi


dia kini menginsafi
dia kini mengsyukuri
sedia tersurat Qada  dan Qadar
mengiringi hari-hari silih berganti


bahagia di hati,syurga akhir nanti
derita di hati,neraka tempohi
kesedaran menyelimuti jiwa yang dulunya terkapai-kapai
dia tiada tangis lagi
dia kini di puncak mengerti.

MUHASABAH.......

PILIHLAH AKU UNTUK IKHLAS.

Orang yang sibuk melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat kejahatan orang lain.Demikian kata-kata hukama yang menergah ruang fikirku.Ah,betapa kurangnya kau melakukan kebaikan ...bisik hati diri sendiri.Jesteru .mata,telinga dan indera yang lain masih sempat melihat,menghidu dan menuturkan kejahatan orang lain.Terasa diri amat hina,ketika usia melonjak dengan begitu cepat,diri terasa masih merangkak-rangkak menyusur jalan taubat.

Bukan mudah untuk ikhlas.Semakin dicari terasa semakin misteri.Memang ,ikhlas itu rahsia dalam rahsia ALLAH.Melakukan sesuatu kebaikan bukan kerana ALLAH ....itu tidak ikhlas.Meninggalkan satu kejahatan bukan kerana ALLAH....itu pun tidak ikhlas.Kekadang begitu ikhlas hati ketika memulakan amal,tetapi sampai di pertengahan,kecundang oleh sesuatu yang selain ALLAH.YA ALLAH aku benar-benar pasrah.Perjuangan untuk ikhlas terlalu seru dan keliru.Bantu aku memahami dan menangani rahsia ini.

Beribadah  lah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat.Begitu pesan hukama yang  menjadi kopmas hati.Buatlah apa saja kebaikan sejak sebelum terbit fajar sehingga terbenam mentari.Ikhlas atau tidak jangan diperkirakan dulu.Jangan mengukur kesempurnaan di garis permulaan amal.Beramallah walau hati terganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak dan sum'ah.Pedulikan ujub yang menanti masa untuk menyusup.Tega dan relakan sahaja.

Teringat apa yang dipesan oleh Imam Ghazali ketika muridnya bertanya ,"Tuan,begaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai ?" Lalu Imam yang arif dalam soal keajaiban hati itu pun berkata,'Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia.


Teringat pula apa yang pernah ditanyakan oleh Abu Hurairah kepada Nabi Muhammad SAW tentang seorang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri.Lalu Rasulullah menegaskan solat itu lambat laun akan  menghilangkan tabiatnya yang buruk itu.Jadi,jadi jika dirimu masih melakukan kejahatan,ingatlah itu bukan alasan untuk tidak dan berhenti melakukan kebaikan.Bahkan iringilah perbuatan dosa dengan kebaikan kerana kebaikan itu lambat cepat akan menghapuskan kejahatan.


Aku hanya insan kerdil.....namun aku juga hamba ALLAH ......Ketika aku keliru ,tunjukkanlah.Ketika aku lemah,perkukuhkanlah.Ketika alpa ingatkanlah.Hanya Dikau wahai ALLAH yang berhak memilih siapa untuk dianugerahi rahsia ikhlas itu.Padaku hanya tadbir...pada-MU segala takdir.Bantulah aku meluruskan tadbirku menjurus kepada tekdir-MU.Pilihlah aku untuk ikhlas...Amin!

oleh:PAHROL MOHAMAD JUOI

sambungan muka 4/bb1

            'Lia lebih bangga mempunyai suami seperti abang  dari segulung ijazah itu ."
            "Lia orangtua mu sangat-sangat mengharapkanmu memperolehinya dan sekarang abang telah menyekat  kemahuan mereka,abang berdosa Lia."tambah Fitri lagi.
            "Tapi bang,bukankah adik-adik Lia itu boleh mengantikan  tempat Lia."Jawab Suliana lagi.
            "Lia mereka itu lain ,tetapi ibu dan ayahmu lebih mengharapkan kau.Lagi pun kau anak yang sulung."
            "Sudahlah bang ,sekarang Lia telah menjadi isteri abang yang sah.Tidak ada apa yang perlu diungkitkan lagi.Hari pun sudah hampir larut malam.Esok abang harus bangun awal.Tidurlah bang.'
Fitri sebenarnya bekerja sendiri.Dia telah membuka sebuah syarikat bersama-sama teman karibnya,Azman.Perjalanan ke tempat kerja mengambil masa selama satu jam lebih.Dia terpaksa bangun lebih awal,supaya tidak terkandas dalam perjalananna ke pejabat.
             Suliana teringat akan kata-kata  cemuhan daripada ibu dan ayahnya sewaktu dia mengambil keputusan berkahwin dengan Fitri.
             "Lia,kenapa dengan kau ni hah!" kata ibunya keras saja bunyinya.Suliana hanya diam membisu,dia tahu ibunya sedang marah.
              "Baru saja hendak mandaki puncak yang tinggi ,kau dah  mula mengalah.Apa yang menarik sangat pada si Fitri tu.Umurnya jauh berbeza daripada kau"kata ibu Suliana.
              "Ibu sampai hati ibu berkata demikian."jawap Suliana.
              "Lia.Ayah tidak menghalang untuk kau berkahwin,tapi tunggulah sehingga kau habis belajar dulu."Ayah Suliana mencelah.
               "Entah ubat guna-guna apa yang dipakai oleh budak Fitri tu.Sampai kau tergila-gilakan dia sangat."Nada ibunya semakin keras.
Hati Suliana bertambah sedih dan parah mendengarkan kata-kata cemuhan yang dilemparkan oleh ibunya terhadap Fitri.
               "Ibu Ayah,cinta tidak mengenal usia,cinta itu tidak mengenal rupa........."kata Suliana.
               "Ya, aku tahulah cinta itu buta.........."Ibunya mencelah.
               "Ibu, Lia belum habis lagi menjelaskannya ibu dah mencelah."
               "Sudah aku tidak mahu lagi mendengar alasan kau.keputusanku muktamad.Aku tidak bersetuju kau berkahwin dalam usia kau yang muda ini .Aku tidak mahu kau berkahwin dengan Fitri.Aku mahu kau meneruskan pelajaranmu."marah Ibunya.
Ibu dan Ayahnya keluar meninggalkan Suliana sendirian.Adik-adiknya tidak tinggal bersama kerana mereka bersekolah di asrama.Suliana sedih dengan keputusan Ibu dan Ayahnya.Dia mengambil keputusan menemui Fitri keesokkan hari.




bersambung.......................

sajak ini dihasilkan khas untuk suamiku sebelum aku menjadi surirumahmu.....

               KALA INI
   di kala ini 
   setiap kali di kala ini
   aku sendirian mengerakkan jari jemariku
   tiada kau menemaniku




   di kala ini
   aku impikan masa depan
   hidup sebagai suri hidupmu
   bagaimana nanti?




   di kala ini 
   aku angankan dirimu
   akan gembira disisiku
   moga begitu




   di kala ini
   hanya ku pohon dari MU YANG ESA
   akan terbinanya ikatan
   berkat dari MU




   agar kasih mesra terus mekar
   lahirlah penyeri hidup ini
   yang mana mengeratkan lagi
   antara kita hingga akhir hayat..........


   INSYAALLAH......

sambungan muka 3/bb1

            Pertemuan antara Fitri dan Suliana petang itu semata-mata melepaskan perasaan masing-masing.Suliana dalam kekusutan.Fitri dalam kebimbangan.Masing-masing membawa fikiran melayang jauh.Hanya deruan ombak dan kicauan burung meriuhkan suasana.Fitri dan Suliana hanya menyepikan diri.Akhirnya Suliana bersuara.
             "Abang,jiwa dan seluruh hati Lia telah Lia curahkan untuk Abang seorang.Tidak cukupkah untuk kita membina mahligai uang indah."
             "Lia, Abang cuma mahu kau mengerti yang kasih saang itu tidak cukup untuk membina keluarga yang bahaga tanpa restu ibu dan ayahmu."
             "Abang lagi-lagi itu yang abang cakapkan."
             "Dengar sini Lia ,ibu dan ayahmu mahu kau meneruskan pelajaranmu.Abang tidak akan menghalang jika itu niatmu.."
Lamunan Suliana tersentak oleh tangisan bayi.Bayi itu adalah anaknya yang belum bernama lagi.
              "Kesian anakku,kau belum mengerti penderitaank.Kau lahir belum pun sempat ditatapi oleh ayahmu.Diam sayang........"
              " Matamu ,hidungmu,tidak ubah seperti ayahmu."Fikirannya terus melayang.Teringatkan akan detik-detik indah sewaktu berada disamping suami yang tercinta.
               "Abang apa yang dimenungkan tu."
               "Tidak ada apa-apa Lia.Cuma Abang mengenangkan kehidupan kita ini ."
               "Abang tidak bahagia hidup disamping Lia."
               "Bukan, bukan itu yang abang maksudkan.Abang gembira malah setiap detik yang berlalu itu Abang amat menghargainya,cuma abang sedih Lia tidak dapat meneruskan pelajaran."



 BERSAMBUNG............

TAKDIR

            takdir itu satu penilaian
            buruk atau baik tiada persamaan
            yang baik dipuji
            yang jahat dikeji






             terdamparnya ketakutan 
             peristiwa yang mencengkam
             selapis demi selapis tangisan
             mengeliat bumi keletihan




              
             adakah ini sudah ditakdirkan
             berbagai corak dan ragam
             manusia dihukum sepontan
             tanpa lambaian amaran






          
             jalur-jalur hidup kian panjang
             melawati  usia
             AKHIRNYA PENGABADIAN YANG KEKAL.