'Lia lebih bangga mempunyai suami seperti abang dari segulung ijazah itu ."
"Lia orangtua mu sangat-sangat mengharapkanmu memperolehinya dan sekarang abang telah menyekat kemahuan mereka,abang berdosa Lia."tambah Fitri lagi.
"Tapi bang,bukankah adik-adik Lia itu boleh mengantikan tempat Lia."Jawab Suliana lagi.
"Lia mereka itu lain ,tetapi ibu dan ayahmu lebih mengharapkan kau.Lagi pun kau anak yang sulung."
"Sudahlah bang ,sekarang Lia telah menjadi isteri abang yang sah.Tidak ada apa yang perlu diungkitkan lagi.Hari pun sudah hampir larut malam.Esok abang harus bangun awal.Tidurlah bang.'
Fitri sebenarnya bekerja sendiri.Dia telah membuka sebuah syarikat bersama-sama teman karibnya,Azman.Perjalanan ke tempat kerja mengambil masa selama satu jam lebih.Dia terpaksa bangun lebih awal,supaya tidak terkandas dalam perjalananna ke pejabat.
Suliana teringat akan kata-kata cemuhan daripada ibu dan ayahnya sewaktu dia mengambil keputusan berkahwin dengan Fitri.
"Lia,kenapa dengan kau ni hah!" kata ibunya keras saja bunyinya.Suliana hanya diam membisu,dia tahu ibunya sedang marah.
"Baru saja hendak mandaki puncak yang tinggi ,kau dah mula mengalah.Apa yang menarik sangat pada si Fitri tu.Umurnya jauh berbeza daripada kau"kata ibu Suliana.
"Ibu sampai hati ibu berkata demikian."jawap Suliana.
"Lia.Ayah tidak menghalang untuk kau berkahwin,tapi tunggulah sehingga kau habis belajar dulu."Ayah Suliana mencelah.
"Entah ubat guna-guna apa yang dipakai oleh budak Fitri tu.Sampai kau tergila-gilakan dia sangat."Nada ibunya semakin keras.
Hati Suliana bertambah sedih dan parah mendengarkan kata-kata cemuhan yang dilemparkan oleh ibunya terhadap Fitri.
"Ibu Ayah,cinta tidak mengenal usia,cinta itu tidak mengenal rupa........."kata Suliana.
"Ya, aku tahulah cinta itu buta.........."Ibunya mencelah.
"Ibu, Lia belum habis lagi menjelaskannya ibu dah mencelah."
"Sudah aku tidak mahu lagi mendengar alasan kau.keputusanku muktamad.Aku tidak bersetuju kau berkahwin dalam usia kau yang muda ini .Aku tidak mahu kau berkahwin dengan Fitri.Aku mahu kau meneruskan pelajaranmu."marah Ibunya.
Ibu dan Ayahnya keluar meninggalkan Suliana sendirian.Adik-adiknya tidak tinggal bersama kerana mereka bersekolah di asrama.Suliana sedih dengan keputusan Ibu dan Ayahnya.Dia mengambil keputusan menemui Fitri keesokkan hari.
bersambung.......................
No comments:
Post a Comment