DORONGAN BUAT SI ANAK

Sering kita terfikir bahawa setelah tamat sekolah mesti ingin menjadi seseorang yang dibanggakan terutama ibubapa.Waktu  dulu zaman persekolahan amat berbeza.Sekarang bermacam-macam kemudahan ada,anak-anak cuma hanya perlu berlumba-lumba mengejar ilmu .Tapi apa dikesali sekarang ada segelintir ibubapa hanya mengambil mudah tentang pelajaran anak-anak.Ada di antara ibubapa kurang mengalakkan anak-anak yang kurang cemerlang supaya teruskan belajar.Sekarang ini banyak latihan-latihan kemahiran diberikan kepada sesiapa yang berminat.Anak-anak muda sekarang mengambil mudah mengenai masa depan mereka.Tapi apa yang lebih dikesalkan adalah mereka tidak memikirkan masa depan yang bakal mereka lalui.Apa pun sebenarnya dorongan ibubapa dan keinginan anak itu sendiri sama penting.Anak-anak sekarang harus dijaga,diawasi selalu kerana rata-rata terlalu banyak golongan remaja yang membuang masa.Tapi permasalah ini tidak akan selesai,Bagaimana nak selesaikan permasalahan ini antaranya........
               Ibubapa yang diperbetulkan dahulu.KENAPA??????
 kerana anak adalah anugerah Allah.....amanah Allah ini sepatutnya diajar dididik berlandaskan ajaran islam.
Ibubapa harus sedar kelahiran anak datangnya dari kasih sayang suami isteri.Pupukan kasih sayang terhadap anak-anak.Bukan sayang anak tidak dipukul .....rasanya patut dipukul....pukul sewaktu dia membuat kesalahan.
Dan lagi bukan tidak boleh beranak ramai.......itukan rezeki Allah.....Allah dah tetapkan rezeki setiap anak.Mempunyai anak yang ramai.......perlu dijaga anak-anak itu  dengan kasih sayang......makan yang cukup....menjaga anak di rumah bukan hanya tanggungjawab ibu sahaja.Bapa lebih penting,  walaupun penat bekerja seharian mesti bertanyakan kepada isteri masalah anak-anak setiap hari......dah makan ke,kerja sekolah dah siapkan ke,makan apa di sekolah....macam-macam perlu ditanya pada anak-anak.......sebenarnya anak-anak ini mempunyai personaliti mereka sendiri......kenalilah anak-anak jiwailah perasaan anak.Pergerakkan anak-anak harus dipantau bagi anak-anak yang sudah meningkat dewasa......anak-anak yang mesra dengan ibu dan bapanya adalah anak-anak yang akan takut  atau berasa bersalah apabila membuat kesalahan...maksud mesra di sini hubungan rapat ibu bapa dengan anak-anak.

                    Sebagai ibu dan bapa mesti doakan anak-anak supaya menjadi anak-anak yang soleh dan soleha...menjadi anak yang turut kata....dan ...semua yang baik-baik.
Kejayaaan anak-anak adalah kejayaan ibubapa yang membesarkan mereka..........tidak kira apa jua  kejayaan anak  dari segi pelajaran....minat anak-anak ibubapa perlu memberi dorongan.....
Dorongan ibubapa adalah semangat buat si anak.
          
                    Selagi ibu atau bapa tidak sedar akan tanggungjawab mendidik anak terletak atas bahu mereka,masalah remaja tidak akan selesai....
Catatan ini buat renungan bersama tidak terlintas menyinggung perasaan mana-mana pihak.

No comments:

Post a Comment