PELIK TAPI BENAR.-USTAZ HJ.ZAHAZAN MOHAMED

Pokok Datang Kepada Nabi s.a.w.


Diriwayatkan oleh Ya'la bin Murrah Al-Thaqafi beliau berkata:"Kami berjalan-jalan bersama-sama dengan Nabi s.a.w.Sebaik sampai di suatu tempat,kami berhenti untuk berehat.Tiba-tiba sebatang pokok telah bergerak keluar dari tempatnya lalu datang menghampiri Nabi s.a.w.Selepas itu pokok itu telah kembali semula ketempatnya. Pagi harinya aku telah menanyakan perkara itu kepada Baginda lalu Baginda menjawab"Pohon itu telah meminta izin kepada Allah untuk mengucapkan salam kepadaku,lalu diizinkan oleh-Nya."(Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi)

Dalam riwayat yang lain,Ya'la bin Murrah berkata "Aku pernah menyertai Nabi s.a.w. pada suatu hari lalu Nabi memintaku mencarikan sesuatu yang dapat melindunginya yang ingin membuang air.Aku mencari lalu terjumpa dengan sebatang pokok yang berada jauh dari tempat kami.Aku memberitahu Bagnda bahawa pokok itu agak jauh dari tempat kami. Baginda lalu bersabda memerintahkan kami supaya memberitahu pokok-pokok itu untuk berkumpul di sisi Baginda.Aku telah menyampaikan perintah Baginda itu kepada kedua-dua pokok itu,maka kedua-duanya datang ke hadapan Baginda."
"Selepas menyelesaikan hajat,pohon-pohon itu mula bergerak untuk pulang.Kemudian Baginda menyuruhku agar meminta pokok itu kembali ke tempat asalnya.Aku berkata kepada kedua-duanya:'Rasulullah menyuruh kalian pulang semula ke tempat kalian."Maka pokok-pokok itu kembali semula ke tempat masing-masing."(Riwayat Ahmad)

No comments:

Post a Comment