Jadilah Diri Sendiri........


Sering kali kita terfikir  apakah yang harus kita tempuhi dalam mengejar kehidupan  seharian ,harta benda tak akan datang bergolek......kecualilah ada yang pemurah mengolekkan hartanya untuk orang lain.....apakah ilmu akan datang tanpa usaha .....apakah  akan jadi sekiranya hanya mimpikan .......tidak dijadikan kenyataan ,Senangkah kita hanya berserah sahaja kepada Allah s.w.t.....Pandanglah diri kita ....nilailah kita...

Adalah tidak tepat jika kita melihat hidup ini sebagai satu pertandingan yang masing-masing ingin mencapai kejayaan .Tetapi bagaimana kalau anda berasa sedang bertanding dengan diri sendiri?Yakni anda  harus berusaha agar mempamerkan,mengeluarkan atau menghasilkan sesuatu dengan fikiran ,tenaga,keupayaan yang paling tinggi dan terdaya terhadap diri anda sendiri.
 Mulalah bertanding dengan diri sendiri......kalahkan rasa malas ,tundukkan sifat malu tidak bertempat,atasi rasa takut yang tidak kena masanya.......................
Tabiat membanding-bandingkan kita dengan orang lain.........Binalah diri sendiri ,sayangilah diri itu dengan membina satu keyakinan bahawa Allah Maha Adil dengan mengurniakan bakat dan kemampuan  untuk mencapai kejayaan dan kekurangan yang anda miliki.

No comments:

Post a Comment