Sering kita terfikir bahawa setelah tamat sekolah mesti ingin menjadi seseorang yang dibanggakan terutama ibubapa.Waktu dulu zaman persekolahan amat berbeza.Sekarang bermacam-macam kemudahan ada,anak-anak cuma hanya perlu berlumba-lumba mengejar ilmu .Tapi apa dikesali sekarang ada segelintir ibubapa hanya mengambil mudah tentang pelajaran anak-anak.Ada di antara ibubapa kurang mengalakkan anak-anak yang kurang cemerlang supaya teruskan belajar.Sekarang ini banyak latihan-latihan kemahiran diberikan kepada sesiapa yang berminat.Anak-anak muda sekarang mengambil mudah mengenai masa depan mereka.Tapi apa yang lebih dikesalkan adalah mereka tidak memikirkan masa depan yang bakal mereka lalui.Apa pun sebenarnya dorongan ibubapa dan keinginan anak itu sendiri sama penting.Anak-anak sekarang harus dijaga,diawasi selalu kerana rata-rata terlalu banyak golongan remaja yang membuang masa.Tapi permasalah ini tidak akan selesai,Bagaimana nak selesaikan permasalahan ini antaranya........
Ibubapa yang diperbetulkan dahulu.KENAPA??????
kerana anak adalah anugerah Allah.....amanah Allah ini sepatutnya diajar dididik berlandaskan ajaran islam.
Ibubapa harus sedar kelahiran anak datangnya dari kasih sayang suami isteri.Pupukan kasih sayang terhadap anak-anak.Bukan sayang anak tidak dipukul .....rasanya patut dipukul....pukul sewaktu dia membuat kesalahan.
Dan lagi bukan tidak boleh beranak ramai.......itukan rezeki Allah.....Allah dah tetapkan rezeki setiap anak.Mempunyai anak yang ramai.......perlu dijaga anak-anak itu dengan kasih sayang......makan yang cukup....menjaga anak di rumah bukan hanya tanggungjawab ibu sahaja.Bapa lebih penting, walaupun penat bekerja seharian mesti bertanyakan kepada isteri masalah anak-anak setiap hari......dah makan ke,kerja sekolah dah siapkan ke,makan apa di sekolah....macam-macam perlu ditanya pada anak-anak.......sebenarnya anak-anak ini mempunyai personaliti mereka sendiri......kenalilah anak-anak jiwailah perasaan anak.Pergerakkan anak-anak harus dipantau bagi anak-anak yang sudah meningkat dewasa......anak-anak yang mesra dengan ibu dan bapanya adalah anak-anak yang akan takut atau berasa bersalah apabila membuat kesalahan...maksud mesra di sini hubungan rapat ibu bapa dengan anak-anak.
Sebagai ibu dan bapa mesti doakan anak-anak supaya menjadi anak-anak yang soleh dan soleha...menjadi anak yang turut kata....dan ...semua yang baik-baik.
Kejayaaan anak-anak adalah kejayaan ibubapa yang membesarkan mereka..........tidak kira apa jua kejayaan anak dari segi pelajaran....minat anak-anak ibubapa perlu memberi dorongan.....
Dorongan ibubapa adalah semangat buat si anak.
Selagi ibu atau bapa tidak sedar akan tanggungjawab mendidik anak terletak atas bahu mereka,masalah remaja tidak akan selesai....
Catatan ini buat renungan bersama tidak terlintas menyinggung perasaan mana-mana pihak.
Jadilah Diri Sendiri........
Sering kali kita terfikir apakah yang harus kita tempuhi dalam mengejar kehidupan seharian ,harta benda tak akan datang bergolek......kecualilah ada yang pemurah mengolekkan hartanya untuk orang lain.....apakah ilmu akan datang tanpa usaha .....apakah akan jadi sekiranya hanya mimpikan .......tidak dijadikan kenyataan ,Senangkah kita hanya berserah sahaja kepada Allah s.w.t.....Pandanglah diri kita ....nilailah kita...
Adalah tidak tepat jika kita melihat hidup ini sebagai satu pertandingan yang masing-masing ingin mencapai kejayaan .Tetapi bagaimana kalau anda berasa sedang bertanding dengan diri sendiri?Yakni anda harus berusaha agar mempamerkan,mengeluarkan atau menghasilkan sesuatu dengan fikiran ,tenaga,keupayaan yang paling tinggi dan terdaya terhadap diri anda sendiri.
Mulalah bertanding dengan diri sendiri......kalahkan rasa malas ,tundukkan sifat malu tidak bertempat,atasi rasa takut yang tidak kena masanya.......................
Tabiat membanding-bandingkan kita dengan orang lain.........Binalah diri sendiri ,sayangilah diri itu dengan membina satu keyakinan bahawa Allah Maha Adil dengan mengurniakan bakat dan kemampuan untuk mencapai kejayaan dan kekurangan yang anda miliki.
PELIK TAPI BENAR.-USTAZ HJ.ZAHAZAN MOHAMED
Pokok Datang Kepada Nabi s.a.w.
Diriwayatkan oleh Ya'la bin Murrah Al-Thaqafi beliau berkata:"Kami berjalan-jalan bersama-sama dengan Nabi s.a.w.Sebaik sampai di suatu tempat,kami berhenti untuk berehat.Tiba-tiba sebatang pokok telah bergerak keluar dari tempatnya lalu datang menghampiri Nabi s.a.w.Selepas itu pokok itu telah kembali semula ketempatnya. Pagi harinya aku telah menanyakan perkara itu kepada Baginda lalu Baginda menjawab"Pohon itu telah meminta izin kepada Allah untuk mengucapkan salam kepadaku,lalu diizinkan oleh-Nya."(Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi)
Dalam riwayat yang lain,Ya'la bin Murrah berkata "Aku pernah menyertai Nabi s.a.w. pada suatu hari lalu Nabi memintaku mencarikan sesuatu yang dapat melindunginya yang ingin membuang air.Aku mencari lalu terjumpa dengan sebatang pokok yang berada jauh dari tempat kami.Aku memberitahu Bagnda bahawa pokok itu agak jauh dari tempat kami. Baginda lalu bersabda memerintahkan kami supaya memberitahu pokok-pokok itu untuk berkumpul di sisi Baginda.Aku telah menyampaikan perintah Baginda itu kepada kedua-dua pokok itu,maka kedua-duanya datang ke hadapan Baginda."
"Selepas menyelesaikan hajat,pohon-pohon itu mula bergerak untuk pulang.Kemudian Baginda menyuruhku agar meminta pokok itu kembali ke tempat asalnya.Aku berkata kepada kedua-duanya:'Rasulullah menyuruh kalian pulang semula ke tempat kalian."Maka pokok-pokok itu kembali semula ke tempat masing-masing."(Riwayat Ahmad)

NOSTALGIA
Nostalgia ini kucoretkan
Dalam bimbitan dairi hidupku
Akanku ukirnya dalam bujuran hatiku
Agar ia tetap utuh ibarat tugu
Statistik hidup merubah nostalgia
Mengapa mesti begitu
Perlakuannya menjadi kaku
Nostalgia tetap menjadi mangsa
Insan yang tiada mengenali
Hanya menurut gerak dan geri
Bagaimana generasi cucu cicitku nanti
Meredah rumpun berduri
Yang tiada mengenali erti
Hanya nostalgia dairi hidupku
Ibarat pegangan
Meneruskan pohon-pohon merendang
Kebahagiaan keturunanku dikenali setiap generasi.

sambungan muka 5/bb1
Sampai saja Suliana di rumah sewa Fitri,dia hampa kerana Fitri tidak ada di rumah.Dia menunggu.Tidak berapa lama selepas itu ,kedengaran satu suara memanggilnya.
"Suliana!"
"Oh Abang."
"Sudah lama sampai."
"Bary saja."
"Ada apa hal cari abang ni.Muram saja"
"Abang adakah perkenalan kita ini akan berakhir di sini."Suliana bersuara.
"Apa maksudmu Lia."
"Semalam Lia bergaduh dengan Ibu dan Ayah.Lia telah memberitahu mereka mengenai rancangan kita.Mereka menentang.Mereka mahu Lia belajar lagi."Suliana menjelaskan .
"Baguslah begitu.Abang setuju dengan cadangan Ibu dan Ayah Lia itu."
"Apa!"Suliana terkejut dengan penjelasan Fitri itu.Dia tidak menyangka Fitri akan berkata demikian.
"Lia, niat mereka itu baik.Abang telah memikirkan sedalam-dalamnya perkara ini.Abang mengambil keputusan menunggu Lia ,sehingga tamat pengajian.Abang terpaksa...."Jelas Fitri yang memendam perasaan sedih.Keputusan yang dilakukan itu amat berat ditanggungnya.Dia sebenarnya terpaksa.Dia juga mahu Suliana berjaya.
"Jika beginilah pendirian Abang,Lia tidak mahu tunggu lama di sini.Biarlah Lia pergi.Abang tidak memerlukan Lia lagi.Lia benci."
Suliana terus berlari meninggalkan Fitri yang dalam kebinggungan.Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya orang yang dicintainya harus ditinggalkan.Dia sendiri tidak tahu kenapa dia tergamak berkata demikian.
"Biarlah Suliana pergi."kata hatinya.
Di rumah Suliana tidak henti-henti menangisDia kesal dengan nasib yang menimpa dirinya.Orang yang dikasihinya seolah-olah tidak menghiraukan keinginannya.Akhirnya dia mengambil keputusan menerima tawaran masuk ke Universiti Utara Malaysia.Keputusan itu diutarakan kepada orang tuanya.Mereka gembira akhirnya anak mereka bersetuju meneruskan pelajarannya.
bersambung..................................
siapakah dia
siapakah dia yang dulunya menyendiri
siapakah dia yang dulunya ketandusan
hakiki yang sebenarnya tiada ketahui
kini hanya sepi
kekelutan malam membayangi
kesucian pagi menembusi emosi
tiada tanda-tanda
tiada yang bisa mengerti kudrat Ilahi
dia kini menginsafi
dia kini mengsyukuri
sedia tersurat Qada dan Qadar
mengiringi hari-hari silih berganti
bahagia di hati,syurga akhir nanti
derita di hati,neraka tempohi
kesedaran menyelimuti jiwa yang dulunya terkapai-kapai
dia tiada tangis lagi
dia kini di puncak mengerti.

MUHASABAH.......
PILIHLAH AKU UNTUK IKHLAS.
Orang yang sibuk melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat kejahatan orang lain.Demikian kata-kata hukama yang menergah ruang fikirku.Ah,betapa kurangnya kau melakukan kebaikan ...bisik hati diri sendiri.Jesteru .mata,telinga dan indera yang lain masih sempat melihat,menghidu dan menuturkan kejahatan orang lain.Terasa diri amat hina,ketika usia melonjak dengan begitu cepat,diri terasa masih merangkak-rangkak menyusur jalan taubat.
Bukan mudah untuk ikhlas.Semakin dicari terasa semakin misteri.Memang ,ikhlas itu rahsia dalam rahsia ALLAH.Melakukan sesuatu kebaikan bukan kerana ALLAH ....itu tidak ikhlas.Meninggalkan satu kejahatan bukan kerana ALLAH....itu pun tidak ikhlas.Kekadang begitu ikhlas hati ketika memulakan amal,tetapi sampai di pertengahan,kecundang oleh sesuatu yang selain ALLAH.YA ALLAH aku benar-benar pasrah.Perjuangan untuk ikhlas terlalu seru dan keliru.Bantu aku memahami dan menangani rahsia ini.
Beribadah lah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat.Begitu pesan hukama yang menjadi kopmas hati.Buatlah apa saja kebaikan sejak sebelum terbit fajar sehingga terbenam mentari.Ikhlas atau tidak jangan diperkirakan dulu.Jangan mengukur kesempurnaan di garis permulaan amal.Beramallah walau hati terganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak dan sum'ah.Pedulikan ujub yang menanti masa untuk menyusup.Tega dan relakan sahaja.
Teringat apa yang dipesan oleh Imam Ghazali ketika muridnya bertanya ,"Tuan,begaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai ?" Lalu Imam yang arif dalam soal keajaiban hati itu pun berkata,'Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia.
Teringat pula apa yang pernah ditanyakan oleh Abu Hurairah kepada Nabi Muhammad SAW tentang seorang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri.Lalu Rasulullah menegaskan solat itu lambat laun akan menghilangkan tabiatnya yang buruk itu.Jadi,jadi jika dirimu masih melakukan kejahatan,ingatlah itu bukan alasan untuk tidak dan berhenti melakukan kebaikan.Bahkan iringilah perbuatan dosa dengan kebaikan kerana kebaikan itu lambat cepat akan menghapuskan kejahatan.
Aku hanya insan kerdil.....namun aku juga hamba ALLAH ......Ketika aku keliru ,tunjukkanlah.Ketika aku lemah,perkukuhkanlah.Ketika alpa ingatkanlah.Hanya Dikau wahai ALLAH yang berhak memilih siapa untuk dianugerahi rahsia ikhlas itu.Padaku hanya tadbir...pada-MU segala takdir.Bantulah aku meluruskan tadbirku menjurus kepada tekdir-MU.Pilihlah aku untuk ikhlas...Amin!
oleh:PAHROL MOHAMAD JUOI
sambungan muka 4/bb1
'Lia lebih bangga mempunyai suami seperti abang dari segulung ijazah itu ."
"Lia orangtua mu sangat-sangat mengharapkanmu memperolehinya dan sekarang abang telah menyekat kemahuan mereka,abang berdosa Lia."tambah Fitri lagi.
"Tapi bang,bukankah adik-adik Lia itu boleh mengantikan tempat Lia."Jawab Suliana lagi.
"Lia mereka itu lain ,tetapi ibu dan ayahmu lebih mengharapkan kau.Lagi pun kau anak yang sulung."
"Sudahlah bang ,sekarang Lia telah menjadi isteri abang yang sah.Tidak ada apa yang perlu diungkitkan lagi.Hari pun sudah hampir larut malam.Esok abang harus bangun awal.Tidurlah bang.'
Fitri sebenarnya bekerja sendiri.Dia telah membuka sebuah syarikat bersama-sama teman karibnya,Azman.Perjalanan ke tempat kerja mengambil masa selama satu jam lebih.Dia terpaksa bangun lebih awal,supaya tidak terkandas dalam perjalananna ke pejabat.
Suliana teringat akan kata-kata cemuhan daripada ibu dan ayahnya sewaktu dia mengambil keputusan berkahwin dengan Fitri.
"Lia,kenapa dengan kau ni hah!" kata ibunya keras saja bunyinya.Suliana hanya diam membisu,dia tahu ibunya sedang marah.
"Baru saja hendak mandaki puncak yang tinggi ,kau dah mula mengalah.Apa yang menarik sangat pada si Fitri tu.Umurnya jauh berbeza daripada kau"kata ibu Suliana.
"Ibu sampai hati ibu berkata demikian."jawap Suliana.
"Lia.Ayah tidak menghalang untuk kau berkahwin,tapi tunggulah sehingga kau habis belajar dulu."Ayah Suliana mencelah.
"Entah ubat guna-guna apa yang dipakai oleh budak Fitri tu.Sampai kau tergila-gilakan dia sangat."Nada ibunya semakin keras.
Hati Suliana bertambah sedih dan parah mendengarkan kata-kata cemuhan yang dilemparkan oleh ibunya terhadap Fitri.
"Ibu Ayah,cinta tidak mengenal usia,cinta itu tidak mengenal rupa........."kata Suliana.
"Ya, aku tahulah cinta itu buta.........."Ibunya mencelah.
"Ibu, Lia belum habis lagi menjelaskannya ibu dah mencelah."
"Sudah aku tidak mahu lagi mendengar alasan kau.keputusanku muktamad.Aku tidak bersetuju kau berkahwin dalam usia kau yang muda ini .Aku tidak mahu kau berkahwin dengan Fitri.Aku mahu kau meneruskan pelajaranmu."marah Ibunya.
Ibu dan Ayahnya keluar meninggalkan Suliana sendirian.Adik-adiknya tidak tinggal bersama kerana mereka bersekolah di asrama.Suliana sedih dengan keputusan Ibu dan Ayahnya.Dia mengambil keputusan menemui Fitri keesokkan hari.
bersambung.......................

sajak ini dihasilkan khas untuk suamiku sebelum aku menjadi surirumahmu.....
KALA INI
di kala ini
setiap kali di kala ini
aku sendirian mengerakkan jari jemariku
tiada kau menemaniku
di kala ini
aku impikan masa depan
hidup sebagai suri hidupmu
bagaimana nanti?
di kala ini
aku angankan dirimu
akan gembira disisiku
moga begitu
di kala ini
hanya ku pohon dari MU YANG ESA
akan terbinanya ikatan
berkat dari MU
agar kasih mesra terus mekar
lahirlah penyeri hidup ini
yang mana mengeratkan lagi
antara kita hingga akhir hayat..........
INSYAALLAH......

sambungan muka 3/bb1
Pertemuan antara Fitri dan Suliana petang itu semata-mata melepaskan perasaan masing-masing.Suliana dalam kekusutan.Fitri dalam kebimbangan.Masing-masing membawa fikiran melayang jauh.Hanya deruan ombak dan kicauan burung meriuhkan suasana.Fitri dan Suliana hanya menyepikan diri.Akhirnya Suliana bersuara.
"Abang,jiwa dan seluruh hati Lia telah Lia curahkan untuk Abang seorang.Tidak cukupkah untuk kita membina mahligai uang indah."
"Lia, Abang cuma mahu kau mengerti yang kasih saang itu tidak cukup untuk membina keluarga yang bahaga tanpa restu ibu dan ayahmu."
"Abang lagi-lagi itu yang abang cakapkan."
"Dengar sini Lia ,ibu dan ayahmu mahu kau meneruskan pelajaranmu.Abang tidak akan menghalang jika itu niatmu.."
Lamunan Suliana tersentak oleh tangisan bayi.Bayi itu adalah anaknya yang belum bernama lagi.
"Kesian anakku,kau belum mengerti penderitaank.Kau lahir belum pun sempat ditatapi oleh ayahmu.Diam sayang........"
" Matamu ,hidungmu,tidak ubah seperti ayahmu."Fikirannya terus melayang.Teringatkan akan detik-detik indah sewaktu berada disamping suami yang tercinta.
"Abang apa yang dimenungkan tu."
"Tidak ada apa-apa Lia.Cuma Abang mengenangkan kehidupan kita ini ."
"Abang tidak bahagia hidup disamping Lia."
"Bukan, bukan itu yang abang maksudkan.Abang gembira malah setiap detik yang berlalu itu Abang amat menghargainya,cuma abang sedih Lia tidak dapat meneruskan pelajaran."
BERSAMBUNG............

TAKDIR
takdir itu satu penilaian
buruk atau baik tiada persamaan
yang baik dipuji
yang jahat dikeji
terdamparnya ketakutan
peristiwa yang mencengkam
selapis demi selapis tangisan
mengeliat bumi keletihan
adakah ini sudah ditakdirkan
berbagai corak dan ragam
manusia dihukum sepontan
tanpa lambaian amaran
jalur-jalur hidup kian panjang
melawati usia
AKHIRNYA PENGABADIAN YANG KEKAL.
buruk atau baik tiada persamaan
yang baik dipuji
yang jahat dikeji
terdamparnya ketakutan
peristiwa yang mencengkam
selapis demi selapis tangisan
mengeliat bumi keletihan
adakah ini sudah ditakdirkan
berbagai corak dan ragam
manusia dihukum sepontan
tanpa lambaian amaran
jalur-jalur hidup kian panjang
melawati usia
AKHIRNYA PENGABADIAN YANG KEKAL.
Subscribe to:
Posts (Atom)