buat-anak generasi baru

Semalam dah menaip panjang lebar ...alih-alih tak ada letrik.....putus...puas memerah minda topik apa yang nak dibicarakan ...akhirnya hilang .Apakan daya kita hanya merancang.....Jadi hari ini teringin untuk sambung kembali harap-harap berjalan lancar segala catatan peribadi ini..InsyaAllah.

Tinggal beberapa hari sahaja tahun baru akan berarak datang sejajar dengan perhitungan hari agar cepat berlalu...bagi mereka yang akan menjadi pengantin baru pasti biarlah masa cepat berlalu,bagi warga yang sudah meningkat usia pasti biarlah masa berlalu dengan harapan biarlah lambat.....

Anak-anak pun sudah selesai belajar untuk tahun ini,tapi keputusan peperiksaan yang diterima pasti ada yang menjadi kebanggaan ibubapa ,tidak kurang juga yang buat ibubapa naik marah.......
Sebelum masalah ini berlarutan perlu ada tindakan,Kekadang terdapat juga ibubapa tidak ambil pusing tentang pelajaran anak-anak...dengan  alasan biarlah dia pandai sendiri...

Sememangnya ada sesetengah pelajar mempunyai otak yang cerdik,ada juga yang biasa-biasa sahaja....
yang biasa-biasa saja  inilah kita perlu beri tumpuan....dengan harapan usaha itu tangga kejayaan. jadi kita tak boleh mengalah.Mungkin di sekolah cikgu kurang memberi tumpuan kepada mereka peluang inilah perlu diambil alih ibubapa.Jika kita dah usahakan masih juga tidak berjaya kita perlu  ingat banyak lagi cara-cara yang terbaik buat anak-anak kita ....

Kita perlu berdoa,sentiasa doakan anak-anak kita agar berjaya bukan setakat dalam pelajaran sahaja,kehidupan seharian mereka,pergaulan mereka,keselamatan mereka,dan apa sahaja yang baik-baik buat mereka....yang penting anak-anak ini mesti solat  jangan tinggal solat.....dengan bersembahyang,maka perkara-perkara yang dilarang Allah dapat dijauhi .InsyaAllah.

Ulang tahun....

Alhamdulilah......dengan izinnya ikatan kasih sayang kami berdua...aku dan suami yang tercinta  berpanjangan usianya mencecah 20 tahun....Hari ini genaplah 20 tahun perkahwinan kami....Syukur padaMu Ya Allah...kerana memberi kami peluang hidup bersama....

Pahit,manis kehidupan kami berdua hanya kau yang lebih mengetahui....
Kekadang ada jua perselisihan....kekadang ada juga kemarahan...kekadang ada juga ketidaksefahaman...Alhamdulilah dapat kami atasi.......

Hanya padaMu .....kupohon...moga hari-hari yang berarak datang,melambai-lambai kebahagian yang terus kekal sehingga nafas terakhir.
Syukur padaMu Ya Allah memberi jodoh buatku,memberi pasangan buatku,memberi teman bergurau senda dan memberi sahabat bertumbuk manja.....

Yealah kekadang berasa sukar untuk mengambarkan perasaan itu....yang berkocak-kocak bermain di minda....apapun semoga ianya terus kekal bertahta...dan utuh di situ......InsyaAllah.

waktu berlalu........

Sekian lama menyepikan diri,
Biasalah kita setiap insan yang mana masih  dipinjamkan roh pada jasad ini oleh Allah S.W.T. sibuk menguruskan hal-hal keluarga.Kesibukan  kita mengatasi segalanya,amat sukar untuk kita menghuraikan setiap minit masa yang berlalu itu,jika kita boleh menahan waktu dari terus belalu......
Mana boleh begitu,kita sendiri yang sepatutnya menjaga waktu kita ini agar diisi dengan secukupnya dengan sesuatu yang bermanafaat.Kita hanya boleh menginginkan begitu atau begini tapi  kita sendiri yang leka.


Penghujung tahun hampir tiba ,setiap kalinya  kita akan merasakan belum cukup puas dengan apa yang telah kita lakukan.Manusia memang tidak pernah puas.....tetapi puaskah kita dengan ibadah kita,dengan hubungan silaturahim antara keluarga,kebaikan kepada adik beradik kita,dan yang utama dengan orang tua kita.Pasti ada yang masih kurangnya kita, tanpa kita sedari atau buat-buat tidak sedar.Tapi apakan daya kita,semuanya ingin kita lakukkan sebaik mungkin,Pepatah mengatakan buat baik berpada pada buat jahat jangan sekali.Untuk menyihatkan minda kita,kita buat kebaikan Allah balas kebaikan kita...InsyaAllah.


  • SELAMAT  MENYAMBUT BULAN MUHARAM..........

SENTUHANKU

Di kejauhan  sanubari kita ada hati yang halus,yang  mana tidak akan kita tertahan untuk dipendam perasaan ini.Hati akan terusik samada kita suka atau duka.kesedihan yang ditanggung akhirnya akan mengalirkan air di kelopak mata tanpa dipaksa......suratan dan takdir ,qada dan qadar Allah tidak boleh dinafikan.Kita harus sedar ujian dari Allah jika berat dan terlalu berat untuk diharungi perlu redha...yang mengalaminya pasti terlalu berat untuk ditanggung,yang berada disisinya juga perlu sedar inilah kekuasaan Allah menguji umatnya.

Sedar atau tidak ujian ini bukan setakat kepada yang diuji tetapi kita yang mengenali orang yang diuji turut tercuit rasa.....Allah nak menguji kita sejauhmana hati dan perasaan kita,tentang sayangnya kita padanya,tentang janji kita padanya,tentang pengorbanan kita padanya.Cuba kita fikir seketika ....apa yang terkata hanya kesian.....memang  adatlah sesuatu kejadian yang buruk menimpa seseorang yang kita kenali atau tidak kenali pasti ayat kesian terlontar.

Kita perlu muhasabah diri dengan kejadian,atau apa sahaja malapetaka itu semuanya dari ALLAH S.W.T. kita ini sebenarnya tidaklah sehebatmana.....bila diuji kita rasa tidak tabah,kemudian muncul rasa redha......tapi kekadang hati berbalik-balik akan sesuatu yang kita boleh katakan masih rasa kurang sabar.
Sedar tak kita kenapa begini.......kerana kita masih belum mempunyai kekuatan untuk menerima sesuatu musibah itu .......
Dengan itu kita mesti ingat segala yang baik dari ALLAH S.W.T. Kita perlu ada kekuatan.kita perlu ada keyakinan,kita perlu ada sokongan .....ya sokongan kita,selain ALLAH S.W.T  tempat kita mengadu.
Sokongan dan semangat kita akan membakar keraguan, orang yang diuji....sokongan kita adalah semangat buatnya meneruskan kehidupan ini InsyaAllah .

SEKILAS-ANGGAN-ANGGAN

Tidak pasti adakah seseorang akan setuju atau tidak dengan keputusan kita.Apapun kita seringkali beranggan-anggan akan sesuatu tapi akan terkabul ke tidak anggan-anggan itu.Jika keputusan yang diambil akan dibangkang atau senang cakap kita tiada hak akan untuk sesuatu keputusan itu.Pening juga utuk difikirkan...apa pun sesuatu yang diidamkan jika Allah S.W.T tidak menginginkannya termakbul maka tidak terjadilah ia.Senangkan, buat apa kita nak banyak fikir nanti stress jadinya,kacau-bilau,sakit kepala,biarlah ianya berjalan sejajar dengan perjalanan kehidupan kita.
Oleh itu benda yang mudah tidak usah kita fikirkan...untuk difikirkan ianya akan menjadi bebanan.InsyaAllah banyak-banyak ingat Allah S.W.T agar kita tak terlalu fikirkan sesuatu sehingga lupa padaNya.

Sekadar DIPINGGIRAN

Alhamdunillah segala puji bagi Allah.....memanjat kesyukuran padaNya memberi aku peluang....menikmati keindahan Hari Raya Aidilfitri pada kali ini.
Tahun berganti..........namun ianya lebih istimewa jika Ibuku ada lagi.........namun apakan daya semuanya dalam ketentuan Allah S.W.T. Tiada apa dapatku lakukan sekadar mengirimkan pahala sedekah kepada Arwah Ibuku..diringi tahlil di pagi raya......dalam kesibukkan aku di pagi hari raya...terima kasih suamiku atas segalanya.
Kepada semua saudara mara yang jauh  dan dekat syukur kita ketemu lagi di hari raya kali ini.Moga-moga kita dipanjangkan usia berjumpa lagi....tidak kiralah di mana jua,yang pasti kita masih mengingati satu sama lain.Hanya Allah yang mengetahui segalanya.
Buat suamiku yang dikasihi,ampun dan maaf dipinta.....MAAF ZAHIR DAN BATIN....halalkan segala makan dan minum....
Semoga Allah melindungi kita sekeluarga...........INSYAALLAH.

muhasabah diri.

Hari ini aku terdengar  kata-kata seorang ustaz di televison......usah dibandingkan harta kita dengan orang lain.
Maksud di sini memang mendalam.....
Jika kita fikir dengan sedalamnya kita pasti memahami keadaan ini ...sekarang apa jua perbuatan kita, kita harus fikir sedalamnya agar kita tidak menyesal kemudian hari kelak.....apa tidaknya sekarang ini banyak di kalangan kita suka membuat keputusan yang gelojoh......

Apa yang kita ada seharusnya JANGAN dibandingkan dengan kenapa orang itu LEBIH KAYA dari kita.....tapi fikirkanlah bandingan kita dengan orang lain yang mungkin taraf kehidupannya di bawah kita......
dengan rungkaian kata Syukur aku atas nikmat pemberian Allah keatasku........

Apa tidaknya nikmat dunia yang Allah kurniakan kepada kita Alhamdunillah banyak.........dengan kurniaan pasangan hidup yang baik,dengan nikmat lahirnya anak-anak yang cerdik,dengan nikmat rumah yang ada segala kemudahan,dengan nikmat adanya kereta...entah mungkin lebih dari sebuah.......semuanya dengan keizinan Allah.....jika Allah tak izinkan begitu ia tak akan jadi begitu......
Tidak usahlah kita risau kedudukan kita di dunia ini selagi dalam rahmat Allah......kita kekal begitu........
Selagi kita tidak lalai....selagi kita tidak sombong....selagi kita  berusaha untuk membentuk anak-anak ke jalan Allah.......dan selagi kita mendoakan kesejahteraan orangtua kita.......dan anak-anak kita juga akan mendoakan kesejahteraan kita InsyaALLAH...........................

Kita ingat ALLAH ...ALLAH ingat pada kita.................

sambungan m8/BB2

Di tempat lain pula .Tempat yang asing.Asing bagi Fitri.Dia termenung jauh.Walaupun dia berada jauh daripada Suliana ,ingatanya terhadap Suliana tetap segar.Dia sering teringat detik-detik manis sewaktu dia bersama Suliana.Dia tahu sudah pasti dia tidak akan menemui  lagi Suliana.Masa yang ada padanya terhad,fikirannya melayang.Dia berkata dalam hatinya.
"Aku sendiri tidak mengerti,kenapa kau memilihku untuk dicintai.Bagiku,aku tidak punya apa-apa yang harus dibanggakan aku hanya mempunyai sekeping hati dan sebuah impian.Suliana kau terlalu baik untukku kau punyai segala-galanya.Umurku dan umurmu pula jauh berbeza.Aku sendiri hairan,apakah yang membuatkan kau terpikat padaku.Masih ramai lagi lagi pemuda yang secocok buatmu,Suliana.kenapa tidak kau memilih mereka?Mereka yang dimaksudkan adalah Sufian dan Anuar.Aku tahu kedua-dua pemuda ini menaruh hati terhadapmu.Oh Suliana!aku tetap menyintaimu".

Fitri sendiri tidak dapat mengawal perasaannya .Dia tetap ingin kembali menemui Suliana.Dia ingin kembali .Dia berpendapat,sudah tentu Suliana sekarang dalam kedukaan.Dia perlu menghiburkan Suliana .Dia perlu mengisi kekosongan jiwa Suliana.
Tiba-tiba  hatinya seperti memberontak.
"Kau telah berjanji tidak mahu menggangu Suliana.Kau tidak perlu menemui Suliana .Jika kau menemuinya kau berdosa,kau telah menghancurkan harapan kedua orang tuanya.Kau harus berfikir dengan sebaiknya sebelum kau mengambil keputusan"
Fitri sedar dia tidak boleh berbuat demikian.Dia harus memikirkan masa depan Suliana .Jika dia mengahwini Suliana sudah pasti kabahagiaan itu hanya sementara,Adakah Suliana akan sanggup menerima kenyataan itu?


Bersambung................................

1 Syawal

1 syawal yang dinantikan
ianya penuh bermakna
segenap pelusuk umat islam meraikan
moga datangnya kali ini
penuh kyusuk dan tawaduk
penuh ikhtibar dan syukuriah


1 syawal
kali ini ku pohon kemaafan
dariMu Ya Rabil Alamin
mensyukuri rahmat ke atas hambaMu
detik dan  tika saat ini dilalui
insaf tentang kejadian bumi


SubhanaAllah............
SubhanaAllah............
memuji kebesaranNya
alangkah damainya hati
bila mana dapat menunaikan
Sunnnah Al Quran dan Hadis
peringatan Allah dan peninggalan Nabi
tiada yang rugi sekalian
umat muslimin.

Ramadhan Datang Lagi

Alhamdunillah.......ramadhan akan muncul lagi..........InsyaAllah...Jika itu janji Allah,bersyukur aku atas rahmatNya kiranya aku berpeluang lagi menyambut ramadhan yang bakal menjelang.Apa tidaknya,umur semakin bertambah,adakah amalanku juga makin bertambah,kegusaran ini pasti timbul kepada sesiapa  sahaja...tidak perlu dipersoalkan ,rasanya amalan kita sehari-hari diteruskan seperti biasa cuma hanya perlu meningkatkan diri secara dalaman......maksudnya ,amalan dilakukan tetapi keikhlasan diri dalam melakukan amal,usah dipersoalkan amalan diterima atau tidak,yang pasti amalan itu berterusan tanpa rasa curiga pada Allah.Semuanya  dalam ketentuan Allah.
Ramadhan datang lagi membawa seribu rahmat....adakah kita hanya menanti ramadhan saja untuk menambah amalan,rugi bagi mereka yang hanya berfikir begitu........
Adakah dengan berpuasa wajib di bulan ramadhan ini sudah cukup amalan kita,wahai mereka yang dalam kerugian..ingatlah jangan lupa sembahyang,sesungguhnya sembahyang itu mencegah kita melakukan kemungkaran.
Lihat diri kita ,apa nak jadi kiranya berpuasa semata-mata kerana di bulan ramadhan ,,,kerana orang lain berpuasa.Kelalian kita menjadi ikutan anak-anak,jika anak-anak kita telah diasuh secukupnya ilmu agama,insyaAllah segalanya dalam rahmat Allah.
Moga dengan hadirnya ramadhan ini membuatkan kita lebih rasa kyusuk dan tawaduk pada Maha Pencipta Alam.Marilah kita sama-sama kecapi bulan yang mulia ini dengan rasa keinsafan,dengan itu kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesyukuran nikmat kehidupan yang Allah kurniakan ke atas kita umat Muhammad S.A.W.

BICARA hati

Semakin kita fikir, semakin kita ambil peduli apa yang difikirkan semakin kusut kepala otak kita.......kasar saja bunyinya......apa kita sedar atau ada kita kisah orang suka atau tidak apa yang kita pertuturkan bila terjumpa atau ingin berjumpa.....tapi yang pasti kita tidak tahu hati budi perasaan orang terhadap kita.Samada lakonan atau sekadar ingin ambil hati.....atau terpaksa ambil hati....
Apa yang pasti,apabila seseorang berbicara kita cuba sekadar termampu untuk memahami atau cuba menyelami apa yang dipertuturkan.Tapi jika kita saja yang menjadi pendengar setia bagaimana pula dengan cerita kita yang berlegar-legar di ruang otak pemikiran yang bagai meletup bila-bila masa......Inilah masalah kita.....samaada kita terpaksa memotong cerita orang atau kita sekadar berlalu pergi," bagai orang yang sombong"........

Sukar untuk kita membaca fikiran orang lain....tapi mungkin dengan izin Allah apabila permudahkan segalanya kita akan menjadi seorang yang memahami diri orang lain.Kita hanya mampu bersih hati,bersih jiwa,agar tiada perasaan yang berlegar-legar sewaktu seseorang membicarakan sesuatu yang tidak kita gemari......atau kita boleh berlalu pergi dengan membuat sebarang dalih,agar kita tidak terjebak antara golongan yang dilaknati Allah s.w.t.
Cubalah fikirkan samada anda pernah terlintas,pernah terbicara sendiri dalam hati,dan berbagai-bagai perasaan sewaktu seseorang berbicara dengan anda.....jadi sucikanlah diri,jangan terdetik hati anda apabila seseorang berbicara dengan anda.Ingat yang baik datangnya dari Allah,yang jahat itu perbuatan kita sendiri.

TERDETIK HATIKU

Semalam yang ditinggalkan hanyalah waktu yang ketandusan mengisi ruang masa yang terus berputar .Hanya Allah yang mengetahui arah tujuan sebab musabab atas apa kejadian ....aku hanya mampu sedaya yang termampu oleh benak hatiku memikirkan segala kejadian ini hanya dalam gengaman Allah S.W.T.....hanya padaNya kuberserah ........hanya padaNya kupasrah....hanya padaNya kubersujud.........Ya Allah moga-moga dengan tadahan doa dari hambamu yang kerdil ini dapat Kau kabulkan permintaanku ini.......

Ingat!!!!!!!!!!!!!!!!berdoalah kamu, hanya dengan berdoa sahaja Allah mengetahui hajat kamu.....himpunkanlah doa-doa yang baik-baik agar kamu terpelihara selalu,dilindungi selalu, dijauhi bencana yang mana kamu akan berasa Allah dekat dengan kamu........

Kiranya terkena jua tempias-tempias bencana semuanya itu ujian daripada Allah...................ujian yang didatangkan Allah untuk menguji sejauh mana keimanan kita.......sejauh mana ,dan sedalam mana hati kita terhadap Allah....................sentiasa ingat Allah.......semuanya kerana Allah.....Yarabul Alamin......Ar-Rahman.Ar-Rahim.................Ya Allah moga aku tidak tergolong orang-orang yang lalai....Amin.

SAKIT..........siapa peneman kita

Beringat-ingat di waktu sihat..............buat masa ini ketika kita sihat boleh ke sana kemari pada bila-bila masa tidak perlu pertolongan orang.Tapi pernah tak terfikir di waktu kita sakit siapa yang akan menjaga kita nanti.....
suami,anak-anak lelaki ,anak-anak perempuan,adik beradik perempuan,adik beradik lelaki,emak saudara,bapa saudara................tentunya tiada siapa yang akan terlintas di kotak pemikiran...........mungkin belum berlaku apa nak difikirkan.Bila tedengar jiran mengeluh betapa sukarnya bila tidak ada peneman di hospital....terpaksalah meminta bantuan jururawat......tapi yang pasti kebiasaanya jururawat membantu apa yang terdaya oleh mereka.

Bila terfikir akan situasi ini aku terkenang sewaktu menjaga arwah ibuku ,betapa untungnya aku dapat menjaga ibu setiap malam di hospital.Walaupun hanya sementara.....tapi aku puas kerana Allah memilih aku untuk menjaga ibuku sewaktu terlantar di hospital....bukan hanya aku adik lelakiku juga terpilih...............

Beruntung pada sesiapa yang terpilih.............atau merelakan diri mereka menjaga orang yang sakit.Besar pahalanya......................Besar mana pahala yang diterima,yang pasti keikhlasan.Semuanya mesti ikhlas..............Hanya Allah saja kita panjatkan doa agar sentiasa sihat..............dan bila sakit biarlah ada yang ikhlas menemani kita...............Janji Allah...........setiap perbuatan yang baik dibalas kebaikan.Semoga kita semua tergolong dalam insan-insan yang berhati mulia.INSYAALLAH.

SEDARLAH REMAJA

Di kejauhan masa yang berlalu betapa syahdunya merungkai kisah-kisah di zaman remaja.Sewaktu ketika dahulu semua di antara kita pasti merasa zaman remaja.Sebelum meningkat remaja pasti di zaman bayi lagi kita hanya tahu menangis,meragam  yang kekadang kita sendiri tak  ketahui.......hanya ibulah yang memahaminya......alangkah bertuahnya kita mempunyai ibu yang menyayangi kita.Kita hanya menurut rentak gerak geri asuhan ibu kita......masa berjalan dan di usia remaja pula kekadang kita  meragam tetapi di waktu ini kita minta ibu kita pula mengikut rentak kita.Alahai usia....begitu pantas mengejar masa.

Di alam remaja,pasti kita terkenang lapisan-lapisan peristiwa yang mengusik jiwa,yang menyentuh kalbu,tak kurang juga yang ibarat api panas membara.
Di usia remaja ,apa yang kita terlintas ingin lakukan sekadar mengisi masa,berbual,bersenda,itupun jika ada bait-bait masa yang terluang.Seindah melodi,jika ada yang mengalunkanya pasti mengusik jiwa...............
Alangkah indahnya ,bahagianya di waktu itu,terfikirkah kita zaman kita dulu berbeza dengan zaman anak-anak kita.

Sekarang pasti banyak kerisauan menjelma di sanubari ibu dan bapa.Banyak gejala sosial melanda golongan remaja,anak-anak muda tidak menghargai kebebasan yang ibubapa berikan..............kegelisahan pasti meruntun jiwa ibubapa apabila melepaskan anak-anak keluar rumah.Tak kiralah samada untuk belajar atau keluar bekerja.Sebagai ibubapa,hanya mendoakan kesejahteraan anak.Wahai anak-anak ,kamu perlu jaga diri kamu sendiri,kamu sendiri mesti pandai mensesuaikan diri.
Ibubapa hanya dapat memandang dari kejauhan.......sedarlah wahai remaja jangan leka dengan hiburan dunia,jangan melampau had batasan pergaulan,jangan terpedaya dengan hasutan rakan.Ingat sembahyang....berdoa  agar ALLAH  melindungi kamu sentiasa........kamu ingat ALLAH ,pasti ALLAH ingat kamu.
Ku pohon keredhaanMu YA ALLAH lindungilah anak-anak remaja agar tidak terlalai,terleka,terjebak daripada hasutan syaitan yang terus menerus menyesatkan kita.............AMIN.

EMOSI

Hari ini apa yang ingin saya bicarakan adalah mengenai emosi.Setiap kita mempunyai emosi yang berbeza.
Ada yang ceria sentiasa,ada yang muram ......,ada yang sedih,malahan ada yang senyum memanjang...........
Walau apa yang anda rasakan sekarang ini mungkin ingin dikongsikan bersama...suami tercinta ke ,teman sepejabat ke,teman seperniagaan ke......atau sesiapa sahaja yang anda fikir dapat menghiburkan anda.
          Emosi yang dirasai tidak kekal  .....kadang-kadang berbeza ....hari ini rasa ceria,mungkin esok akan berasa kosong saja..............Renunglah diri kita...apa yang belum kita lakukan,atau sudah lakukan tapi belum cukup mengatasi keinginan.Apa yang masih terbuku dihati yang belum dilepaskan.Adakah angan-angan masih  lagi angan-angan.....belum menjadi kenyataan.
           Emosi mengatasi segalanya ,jika kita rasa suka,emosi kita adalah ceria.jadi wajah pun bercahaya.Jika kita rasa kecewa,emosi kita adalah muram,jadi wajah kita pun kelam.........
Jika emosi terganggu semuanya tak jadi apa.
            Untuk mengatasinya ,hanyalah kita tak usah sangat banyak fikir,sentiasa bersemangat,yang penting  kita bersyukur kehadrat Ilahi dengan apa yang kita ada,Cuba anda fikirkan apa yang anda ada tapi orang lain tak ada......dan apa yang orang lain lebih tetapi anda tak ada.
             Renung sejenak di hati sanubari anda.....dunia ini hanya sementara......fikirlah dengan dalamnya...........jangan lalai mengejar keduniaan yang pasti amalan kita  akan menjadi timbangan diakhirat kelak.. InsyaAllah.

sambungan m7/bb2

PERPISAHAN



           Suliana pula mengambil keputusan untuk menemui Fitri sebelum dia bertolak ke Pulau Pinang .Suliana kecewa kerana Fitri telah terlebih dahulu  meninggalkannya Hanya sekeping nota ditujukan untuknya.Begini bunyinya:
LIA KUSAYANG ,
 ABANG TELAH MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MENINGGALKAN BANDAR INI.WALAUPUN BERAT RASA HATI,ABANG TERPAKSA BERBUAT DEMIKIAN.LIA,ABANG POHON AGAR LIA TERUS BERJUANG DALAM MENCAPAI CITA-CITA .USAHLAH KAU MENCARI ABANG .SEWAKTU KAU MENERIMA NOTA INI ABANG TELAH BERADA JAUH.ABANG PASTI TIDAK AKAN MENEMUI KAU LAGI.LIA, LUPAKANLAH ABANG
SELAMAT TINGGAL SAYANG
Nota yang bertanda tangan Fitri itu digenggam erat.Suliana tidak dapat menahan sebak didadanya.Setitis demi setitis air matanya berjujuran.
             "Oh,Abang ........!laungnya.
             "Sampai hati kau meninggalkan aku sendirian.Melupakan janji-janji kita untuk sehidup semati bersama.Kau kejam!!!!"
Azman yang berada di situ sendiri tidakdapat berbuat apa-apa.Dia turut bersedih .Tetapi apalah dayanya,dia sendiri telah berjanji kepada Fitri.Janjinya itu tidak boleh dinodai.Azman cuba menenangkan perasaan Suliana                                        
              " Sudahlah Suliana,kau tidak perlu terus menerus bersedih.Fitri pergi pun untuk kebaikkan kau dan juga dirinya.Dia perlu mencari ketenangan .Dia tidak akan lama ..........."
Tiba-tiba kata-kata Azman terhenti.
                "Apa maksud kau Azman!"
                 "Tidak....tak ada apa-apa..."sambung Azman.
Azman cuba menyembunyikan maksud kata-katanya itu.Suliana melangkah pergi.Pemergiannya dalam kehampaan.Wajahnya menampakkan dalam kesedihan.


bersambung..................

Saham-saham ke neraka

Berikut disenaraikan beberapa perkara yang boleh menghumbankan sesiapa yang mempunyai satu atau lebih ciri-ciri berikut ke neraka jahanam:

-Syirik kepada Allah iaitu menyekutukan Allah dengan sesuatu samada dalam rububiyyah,uluhiyyah mahupun nama-nama dan sifat-sifatNya.Allah berfirman maksudnya ,'Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain,maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga,dan tempat kembalinya ialah neraka."(Surah al-Ma'idah 5:72)

-Kufur kapada Allah,para malaikat,kitab,rasul,hari kiamat.qada dan qadar Allah.

-Mengingkari salah satu daripada rukun Islam yang lima.

-Mengolok-olokkan Allah,agama-Nya atau rasul-Nya,benarlah firman Allah yang bermaksud,"Dan jika engkau bertanya kepada mereka(tentang ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab:'Sesunguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main'.katakanlah:'Patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?"(Surah al-Tawbah 9:65-66)

-Mencaci Allah,agama islam,atau rasul-Nya iaitu mencela,mengaibkan atau merendahkan.

-Berhukum dengan selain daripada hukum Allah dengan keyakinan bahawa hukum yang dibuat itu lebih besar atau sama dengan hukum Allah.Allah berfirman yang bermaksud," Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah(kerana mengingkarinya).maka mereka itulah orang kafir."(surah al-Ma'idah 5:44)

-Munafik iaitu apabila sesorang menyembunyikan kekafirannya dalam hati tetapi secara lahiriah seorang Muslim.Ini jelas dalam firman Allah s.w.t,maksudnya,"sesungguhnya orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam )neraka."(Surah al-Nisa'4;145)


Petikan; Syeikh Muhammad bin Shalih ai-Uthaimin,Majelis Bulan Ramadhan,terbitan Pustaka Imam asy-Syafi'i,Jakarta,him355-362.Salinan dari-Solusi.ms 98.

SAMBUNGAN MUKA 6/BB1

Sekarang Suliana terpisah daripada Fikri.Dia utara dan Fitri di selatan.Sebelum Suliana mendaftarkan dirinya,pada hari yang sama Fitri meninggalkan bandar itu.Dia seperti orang merajuk.Membawa diri pergi merantau ke tempat yang asing,yang begitu asing baginya.Fitri sebenarnya tidak ada ibu dan ayah,mereka sudah lama bersemadi.Di dunia ini dia hanya seorang sahaja .Tiada saudara mara ,untuk dia mengadu Dia tersisih.
"Fitri,jadi kau meninggalkan bandar ini?"tanya teman serumahnya.Azman."
"Kalau tak ada halangan ,petang nanti aku akan berangkat."jelas Fitri..
"Fitri aku ingin tahu adakah Suliana telah mengetahui penyakitmu itu?"
"Tidak Azman!Aku tidak sanggup untuk berbuat demikian.Aku tidak mahu Suliana bersimpati dengan apa yang menimpa diriku ini."
"Fitri,kau harus mengerti bahawa Suliana terlalu sayangkan kau."
"Sudahlah Azman.aku tak sanggup untuk berbuat demikian,aku harus pergi sekarang."Jawab Fitri.
"Fitri,jagalah dirimu baik-baik.Syarikat kita itu biar aku yang uruskan,kau tidak perlu risau."

baesambung...............................

IBU

Menjelangnya hari ibu ini.....hatiku terasa pilu,apa tidaknya aku sudah kehilangan insan yang bernama IBU  itu sudah sekian lamanya...Jasa IBU akan kukenang tetap utuh disanubariku......IBU tiada dapatku katakan...lagi,tiada dapatku panggilmu lagi.....Sayu hati ini tidak dapatku tahankan lagi.Ya Allah Kau tempatkanlah roh ibuku bersama-sama orang-orang yang soleh......Al-Fatihah.

Tidak dapatku meneruskan rangkap kata-kata puitis kerana sayunya aku dikala ini...............................................

TUNTUT ILMU

1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum,berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.........Petikan ini diucapkan oleh YAB  Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Haji.Abd.Razak.
1 Malaysia membawa aspirasi untuk membaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalinkan perpaduan yang lebih erat.
Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati.keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum.
1 Malaysia juga mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai slogan 'RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'

Di sini saya ingin berkongsi rasa berkongsi masa kepada semua,bagi anak-anak kita yang sedang meningkat dewasa yang akan menjadi tulang belakang negara kelak.....wahai anak bangsa janganlah leka dengan kehidupan....bangunlah kamu semua dengan bersemangat waja.........menjadi wira negara dalam apa jua bidang.Berbagai-bagai imbuhan diberikan oleh kerajaan janganlah kamu leka....perlu diingat wahai anak-anak...jangan berbalahan sesama kita,jangan menunding jari sesama kita,majukan diri kita,jadikan kejayaan orang lain pemangkin semangat kita.Jangan irihati serta buruk sangka.

Dengan slogan yang dibawa bermaksud pencapaian diutamakan........saya percaya ilmu adalah segalanya tanpa ilmu bagaimana nak memimpin negara,wahai anak-anak kejarlah ilmu ,tuntutlah ilmu setinggi mana yang kamu terdaya......InsyaAllah

DORONGAN BUAT SI ANAK

Sering kita terfikir bahawa setelah tamat sekolah mesti ingin menjadi seseorang yang dibanggakan terutama ibubapa.Waktu  dulu zaman persekolahan amat berbeza.Sekarang bermacam-macam kemudahan ada,anak-anak cuma hanya perlu berlumba-lumba mengejar ilmu .Tapi apa dikesali sekarang ada segelintir ibubapa hanya mengambil mudah tentang pelajaran anak-anak.Ada di antara ibubapa kurang mengalakkan anak-anak yang kurang cemerlang supaya teruskan belajar.Sekarang ini banyak latihan-latihan kemahiran diberikan kepada sesiapa yang berminat.Anak-anak muda sekarang mengambil mudah mengenai masa depan mereka.Tapi apa yang lebih dikesalkan adalah mereka tidak memikirkan masa depan yang bakal mereka lalui.Apa pun sebenarnya dorongan ibubapa dan keinginan anak itu sendiri sama penting.Anak-anak sekarang harus dijaga,diawasi selalu kerana rata-rata terlalu banyak golongan remaja yang membuang masa.Tapi permasalah ini tidak akan selesai,Bagaimana nak selesaikan permasalahan ini antaranya........
               Ibubapa yang diperbetulkan dahulu.KENAPA??????
 kerana anak adalah anugerah Allah.....amanah Allah ini sepatutnya diajar dididik berlandaskan ajaran islam.
Ibubapa harus sedar kelahiran anak datangnya dari kasih sayang suami isteri.Pupukan kasih sayang terhadap anak-anak.Bukan sayang anak tidak dipukul .....rasanya patut dipukul....pukul sewaktu dia membuat kesalahan.
Dan lagi bukan tidak boleh beranak ramai.......itukan rezeki Allah.....Allah dah tetapkan rezeki setiap anak.Mempunyai anak yang ramai.......perlu dijaga anak-anak itu  dengan kasih sayang......makan yang cukup....menjaga anak di rumah bukan hanya tanggungjawab ibu sahaja.Bapa lebih penting,  walaupun penat bekerja seharian mesti bertanyakan kepada isteri masalah anak-anak setiap hari......dah makan ke,kerja sekolah dah siapkan ke,makan apa di sekolah....macam-macam perlu ditanya pada anak-anak.......sebenarnya anak-anak ini mempunyai personaliti mereka sendiri......kenalilah anak-anak jiwailah perasaan anak.Pergerakkan anak-anak harus dipantau bagi anak-anak yang sudah meningkat dewasa......anak-anak yang mesra dengan ibu dan bapanya adalah anak-anak yang akan takut  atau berasa bersalah apabila membuat kesalahan...maksud mesra di sini hubungan rapat ibu bapa dengan anak-anak.

                    Sebagai ibu dan bapa mesti doakan anak-anak supaya menjadi anak-anak yang soleh dan soleha...menjadi anak yang turut kata....dan ...semua yang baik-baik.
Kejayaaan anak-anak adalah kejayaan ibubapa yang membesarkan mereka..........tidak kira apa jua  kejayaan anak  dari segi pelajaran....minat anak-anak ibubapa perlu memberi dorongan.....
Dorongan ibubapa adalah semangat buat si anak.
          
                    Selagi ibu atau bapa tidak sedar akan tanggungjawab mendidik anak terletak atas bahu mereka,masalah remaja tidak akan selesai....
Catatan ini buat renungan bersama tidak terlintas menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Jadilah Diri Sendiri........


Sering kali kita terfikir  apakah yang harus kita tempuhi dalam mengejar kehidupan  seharian ,harta benda tak akan datang bergolek......kecualilah ada yang pemurah mengolekkan hartanya untuk orang lain.....apakah ilmu akan datang tanpa usaha .....apakah  akan jadi sekiranya hanya mimpikan .......tidak dijadikan kenyataan ,Senangkah kita hanya berserah sahaja kepada Allah s.w.t.....Pandanglah diri kita ....nilailah kita...

Adalah tidak tepat jika kita melihat hidup ini sebagai satu pertandingan yang masing-masing ingin mencapai kejayaan .Tetapi bagaimana kalau anda berasa sedang bertanding dengan diri sendiri?Yakni anda  harus berusaha agar mempamerkan,mengeluarkan atau menghasilkan sesuatu dengan fikiran ,tenaga,keupayaan yang paling tinggi dan terdaya terhadap diri anda sendiri.
 Mulalah bertanding dengan diri sendiri......kalahkan rasa malas ,tundukkan sifat malu tidak bertempat,atasi rasa takut yang tidak kena masanya.......................
Tabiat membanding-bandingkan kita dengan orang lain.........Binalah diri sendiri ,sayangilah diri itu dengan membina satu keyakinan bahawa Allah Maha Adil dengan mengurniakan bakat dan kemampuan  untuk mencapai kejayaan dan kekurangan yang anda miliki.

PELIK TAPI BENAR.-USTAZ HJ.ZAHAZAN MOHAMED

Pokok Datang Kepada Nabi s.a.w.


Diriwayatkan oleh Ya'la bin Murrah Al-Thaqafi beliau berkata:"Kami berjalan-jalan bersama-sama dengan Nabi s.a.w.Sebaik sampai di suatu tempat,kami berhenti untuk berehat.Tiba-tiba sebatang pokok telah bergerak keluar dari tempatnya lalu datang menghampiri Nabi s.a.w.Selepas itu pokok itu telah kembali semula ketempatnya. Pagi harinya aku telah menanyakan perkara itu kepada Baginda lalu Baginda menjawab"Pohon itu telah meminta izin kepada Allah untuk mengucapkan salam kepadaku,lalu diizinkan oleh-Nya."(Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi)

Dalam riwayat yang lain,Ya'la bin Murrah berkata "Aku pernah menyertai Nabi s.a.w. pada suatu hari lalu Nabi memintaku mencarikan sesuatu yang dapat melindunginya yang ingin membuang air.Aku mencari lalu terjumpa dengan sebatang pokok yang berada jauh dari tempat kami.Aku memberitahu Bagnda bahawa pokok itu agak jauh dari tempat kami. Baginda lalu bersabda memerintahkan kami supaya memberitahu pokok-pokok itu untuk berkumpul di sisi Baginda.Aku telah menyampaikan perintah Baginda itu kepada kedua-dua pokok itu,maka kedua-duanya datang ke hadapan Baginda."
"Selepas menyelesaikan hajat,pohon-pohon itu mula bergerak untuk pulang.Kemudian Baginda menyuruhku agar meminta pokok itu kembali ke tempat asalnya.Aku berkata kepada kedua-duanya:'Rasulullah menyuruh kalian pulang semula ke tempat kalian."Maka pokok-pokok itu kembali semula ke tempat masing-masing."(Riwayat Ahmad)

NOSTALGIA

Nostalgia ini kucoretkan
Dalam bimbitan dairi hidupku
Akanku ukirnya dalam bujuran hatiku
Agar ia tetap utuh ibarat tugu

Statistik hidup merubah  nostalgia
Mengapa mesti begitu
Perlakuannya menjadi kaku
Nostalgia tetap menjadi mangsa

Insan yang tiada mengenali
Hanya menurut gerak dan geri
Bagaimana generasi cucu cicitku nanti
Meredah rumpun berduri
Yang tiada mengenali erti

Hanya nostalgia dairi hidupku
Ibarat pegangan
Meneruskan pohon-pohon merendang
Kebahagiaan keturunanku dikenali setiap generasi.

sambungan muka 5/bb1

                 Sampai saja Suliana di rumah sewa Fitri,dia hampa kerana Fitri tidak ada di rumah.Dia menunggu.Tidak berapa lama selepas itu ,kedengaran satu suara  memanggilnya.
                 "Suliana!"
                 "Oh Abang."
                 "Sudah lama sampai."
                 "Bary saja."
                 "Ada apa hal cari abang ni.Muram saja"
                 "Abang adakah perkenalan kita ini akan berakhir di sini."Suliana bersuara.
                 "Apa maksudmu Lia."
                 "Semalam Lia bergaduh dengan Ibu  dan Ayah.Lia telah memberitahu mereka mengenai rancangan kita.Mereka menentang.Mereka mahu Lia belajar lagi."Suliana menjelaskan .
                 "Baguslah begitu.Abang setuju dengan cadangan Ibu dan Ayah Lia itu."
                 "Apa!"Suliana terkejut dengan penjelasan Fitri itu.Dia tidak menyangka Fitri akan berkata demikian.
                 "Lia, niat mereka itu baik.Abang telah memikirkan sedalam-dalamnya perkara ini.Abang mengambil keputusan menunggu  Lia ,sehingga tamat pengajian.Abang terpaksa...."Jelas Fitri yang memendam perasaan sedih.Keputusan yang dilakukan itu amat berat ditanggungnya.Dia sebenarnya terpaksa.Dia juga mahu Suliana berjaya.
                  "Jika beginilah pendirian Abang,Lia tidak mahu tunggu lama di sini.Biarlah Lia pergi.Abang tidak memerlukan Lia lagi.Lia benci."
                   Suliana terus berlari meninggalkan Fitri yang dalam kebinggungan.Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya orang yang dicintainya harus ditinggalkan.Dia sendiri tidak tahu kenapa dia tergamak berkata demikian.
                   "Biarlah Suliana pergi."kata hatinya.
                   Di rumah Suliana  tidak henti-henti menangisDia kesal dengan nasib yang menimpa dirinya.Orang yang dikasihinya seolah-olah tidak menghiraukan keinginannya.Akhirnya dia mengambil keputusan menerima tawaran masuk ke Universiti Utara Malaysia.Keputusan itu diutarakan kepada orang tuanya.Mereka gembira akhirnya anak mereka bersetuju meneruskan pelajarannya.



bersambung..................................    

siapakah dia

siapakah dia yang dulunya menyendiri
siapakah dia yang dulunya  ketandusan
hakiki yang sebenarnya tiada ketahui
kini hanya sepi


kekelutan malam membayangi
kesucian pagi menembusi emosi
tiada tanda-tanda 
tiada yang bisa mengerti kudrat Ilahi


dia kini menginsafi
dia kini mengsyukuri
sedia tersurat Qada  dan Qadar
mengiringi hari-hari silih berganti


bahagia di hati,syurga akhir nanti
derita di hati,neraka tempohi
kesedaran menyelimuti jiwa yang dulunya terkapai-kapai
dia tiada tangis lagi
dia kini di puncak mengerti.

MUHASABAH.......

PILIHLAH AKU UNTUK IKHLAS.

Orang yang sibuk melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat kejahatan orang lain.Demikian kata-kata hukama yang menergah ruang fikirku.Ah,betapa kurangnya kau melakukan kebaikan ...bisik hati diri sendiri.Jesteru .mata,telinga dan indera yang lain masih sempat melihat,menghidu dan menuturkan kejahatan orang lain.Terasa diri amat hina,ketika usia melonjak dengan begitu cepat,diri terasa masih merangkak-rangkak menyusur jalan taubat.

Bukan mudah untuk ikhlas.Semakin dicari terasa semakin misteri.Memang ,ikhlas itu rahsia dalam rahsia ALLAH.Melakukan sesuatu kebaikan bukan kerana ALLAH ....itu tidak ikhlas.Meninggalkan satu kejahatan bukan kerana ALLAH....itu pun tidak ikhlas.Kekadang begitu ikhlas hati ketika memulakan amal,tetapi sampai di pertengahan,kecundang oleh sesuatu yang selain ALLAH.YA ALLAH aku benar-benar pasrah.Perjuangan untuk ikhlas terlalu seru dan keliru.Bantu aku memahami dan menangani rahsia ini.

Beribadah  lah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat.Begitu pesan hukama yang  menjadi kopmas hati.Buatlah apa saja kebaikan sejak sebelum terbit fajar sehingga terbenam mentari.Ikhlas atau tidak jangan diperkirakan dulu.Jangan mengukur kesempurnaan di garis permulaan amal.Beramallah walau hati terganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak dan sum'ah.Pedulikan ujub yang menanti masa untuk menyusup.Tega dan relakan sahaja.

Teringat apa yang dipesan oleh Imam Ghazali ketika muridnya bertanya ,"Tuan,begaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai ?" Lalu Imam yang arif dalam soal keajaiban hati itu pun berkata,'Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia.


Teringat pula apa yang pernah ditanyakan oleh Abu Hurairah kepada Nabi Muhammad SAW tentang seorang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri.Lalu Rasulullah menegaskan solat itu lambat laun akan  menghilangkan tabiatnya yang buruk itu.Jadi,jadi jika dirimu masih melakukan kejahatan,ingatlah itu bukan alasan untuk tidak dan berhenti melakukan kebaikan.Bahkan iringilah perbuatan dosa dengan kebaikan kerana kebaikan itu lambat cepat akan menghapuskan kejahatan.


Aku hanya insan kerdil.....namun aku juga hamba ALLAH ......Ketika aku keliru ,tunjukkanlah.Ketika aku lemah,perkukuhkanlah.Ketika alpa ingatkanlah.Hanya Dikau wahai ALLAH yang berhak memilih siapa untuk dianugerahi rahsia ikhlas itu.Padaku hanya tadbir...pada-MU segala takdir.Bantulah aku meluruskan tadbirku menjurus kepada tekdir-MU.Pilihlah aku untuk ikhlas...Amin!

oleh:PAHROL MOHAMAD JUOI

sambungan muka 4/bb1

            'Lia lebih bangga mempunyai suami seperti abang  dari segulung ijazah itu ."
            "Lia orangtua mu sangat-sangat mengharapkanmu memperolehinya dan sekarang abang telah menyekat  kemahuan mereka,abang berdosa Lia."tambah Fitri lagi.
            "Tapi bang,bukankah adik-adik Lia itu boleh mengantikan  tempat Lia."Jawab Suliana lagi.
            "Lia mereka itu lain ,tetapi ibu dan ayahmu lebih mengharapkan kau.Lagi pun kau anak yang sulung."
            "Sudahlah bang ,sekarang Lia telah menjadi isteri abang yang sah.Tidak ada apa yang perlu diungkitkan lagi.Hari pun sudah hampir larut malam.Esok abang harus bangun awal.Tidurlah bang.'
Fitri sebenarnya bekerja sendiri.Dia telah membuka sebuah syarikat bersama-sama teman karibnya,Azman.Perjalanan ke tempat kerja mengambil masa selama satu jam lebih.Dia terpaksa bangun lebih awal,supaya tidak terkandas dalam perjalananna ke pejabat.
             Suliana teringat akan kata-kata  cemuhan daripada ibu dan ayahnya sewaktu dia mengambil keputusan berkahwin dengan Fitri.
             "Lia,kenapa dengan kau ni hah!" kata ibunya keras saja bunyinya.Suliana hanya diam membisu,dia tahu ibunya sedang marah.
              "Baru saja hendak mandaki puncak yang tinggi ,kau dah  mula mengalah.Apa yang menarik sangat pada si Fitri tu.Umurnya jauh berbeza daripada kau"kata ibu Suliana.
              "Ibu sampai hati ibu berkata demikian."jawap Suliana.
              "Lia.Ayah tidak menghalang untuk kau berkahwin,tapi tunggulah sehingga kau habis belajar dulu."Ayah Suliana mencelah.
               "Entah ubat guna-guna apa yang dipakai oleh budak Fitri tu.Sampai kau tergila-gilakan dia sangat."Nada ibunya semakin keras.
Hati Suliana bertambah sedih dan parah mendengarkan kata-kata cemuhan yang dilemparkan oleh ibunya terhadap Fitri.
               "Ibu Ayah,cinta tidak mengenal usia,cinta itu tidak mengenal rupa........."kata Suliana.
               "Ya, aku tahulah cinta itu buta.........."Ibunya mencelah.
               "Ibu, Lia belum habis lagi menjelaskannya ibu dah mencelah."
               "Sudah aku tidak mahu lagi mendengar alasan kau.keputusanku muktamad.Aku tidak bersetuju kau berkahwin dalam usia kau yang muda ini .Aku tidak mahu kau berkahwin dengan Fitri.Aku mahu kau meneruskan pelajaranmu."marah Ibunya.
Ibu dan Ayahnya keluar meninggalkan Suliana sendirian.Adik-adiknya tidak tinggal bersama kerana mereka bersekolah di asrama.Suliana sedih dengan keputusan Ibu dan Ayahnya.Dia mengambil keputusan menemui Fitri keesokkan hari.




bersambung.......................

sajak ini dihasilkan khas untuk suamiku sebelum aku menjadi surirumahmu.....

               KALA INI
   di kala ini 
   setiap kali di kala ini
   aku sendirian mengerakkan jari jemariku
   tiada kau menemaniku




   di kala ini
   aku impikan masa depan
   hidup sebagai suri hidupmu
   bagaimana nanti?




   di kala ini 
   aku angankan dirimu
   akan gembira disisiku
   moga begitu




   di kala ini
   hanya ku pohon dari MU YANG ESA
   akan terbinanya ikatan
   berkat dari MU




   agar kasih mesra terus mekar
   lahirlah penyeri hidup ini
   yang mana mengeratkan lagi
   antara kita hingga akhir hayat..........


   INSYAALLAH......

sambungan muka 3/bb1

            Pertemuan antara Fitri dan Suliana petang itu semata-mata melepaskan perasaan masing-masing.Suliana dalam kekusutan.Fitri dalam kebimbangan.Masing-masing membawa fikiran melayang jauh.Hanya deruan ombak dan kicauan burung meriuhkan suasana.Fitri dan Suliana hanya menyepikan diri.Akhirnya Suliana bersuara.
             "Abang,jiwa dan seluruh hati Lia telah Lia curahkan untuk Abang seorang.Tidak cukupkah untuk kita membina mahligai uang indah."
             "Lia, Abang cuma mahu kau mengerti yang kasih saang itu tidak cukup untuk membina keluarga yang bahaga tanpa restu ibu dan ayahmu."
             "Abang lagi-lagi itu yang abang cakapkan."
             "Dengar sini Lia ,ibu dan ayahmu mahu kau meneruskan pelajaranmu.Abang tidak akan menghalang jika itu niatmu.."
Lamunan Suliana tersentak oleh tangisan bayi.Bayi itu adalah anaknya yang belum bernama lagi.
              "Kesian anakku,kau belum mengerti penderitaank.Kau lahir belum pun sempat ditatapi oleh ayahmu.Diam sayang........"
              " Matamu ,hidungmu,tidak ubah seperti ayahmu."Fikirannya terus melayang.Teringatkan akan detik-detik indah sewaktu berada disamping suami yang tercinta.
               "Abang apa yang dimenungkan tu."
               "Tidak ada apa-apa Lia.Cuma Abang mengenangkan kehidupan kita ini ."
               "Abang tidak bahagia hidup disamping Lia."
               "Bukan, bukan itu yang abang maksudkan.Abang gembira malah setiap detik yang berlalu itu Abang amat menghargainya,cuma abang sedih Lia tidak dapat meneruskan pelajaran."



 BERSAMBUNG............

TAKDIR

            takdir itu satu penilaian
            buruk atau baik tiada persamaan
            yang baik dipuji
            yang jahat dikeji






             terdamparnya ketakutan 
             peristiwa yang mencengkam
             selapis demi selapis tangisan
             mengeliat bumi keletihan




              
             adakah ini sudah ditakdirkan
             berbagai corak dan ragam
             manusia dihukum sepontan
             tanpa lambaian amaran






          
             jalur-jalur hidup kian panjang
             melawati  usia
             AKHIRNYA PENGABADIAN YANG KEKAL.





sambungan muka 2/bb1

            Rumah yang tersergam indah itu seperti tidak berpenghuni.Suasana rumah itu seperti kehilangan sesuatu.MURAM.Tiada kedengaran tawa-riang,gurau -senda,rumah yang terletak di hujung bandar itu kepunyaan Suliana.Rumah itu telah dihadiahkan oleh ibu dan ayahnya sempena hari perkahwinannya dengan Fitri,kekasihnya.Tapi sungguh malang bagi Suliana suaminya pergi meninggalkannya di waktu dia sedang sarat mengandung.Hanya zuriatnya itulah sebagai tanda kenangan daripada suaminya  yang tercinta.
             "Lia,"kata Fitri.
             "Ya bang".
             "Dengar tu,deruan ombak yang menghempas pantai,walaupun pantai sering berubah namun cinta dan hati abang tetap satu Lia.Cinta abang itulah abang berikan padamu,"kata Fitri yang tersekat-sekat.
             "Tapi Lia............."kata-kata Fitri telah dipotong oleh Suliana.
              "Tidak ada tetapinya bang".Jawab Suliana.
              "Walaupun umur kita jauh berbeza.Lia senang bersama abang".Tambah Suliana.
              "Tapi Lia ibu dan ayahmu.........."Belum habis Fitri menjelaskan ,Suliana  terus mencelah.
              "Abang ,bukankah telah Lia katakan dulu,abang tidak perlu memikirkan perkara yang bukan-bukan".
              "Ya, Lia ,tapi yang pentingnya ibu dan ayahmu tidak merestui perkenalan kita ini.Mereka menentang".
                Suliana tidak mahu menerima kenyataan yang kedua orang tuanya  tidak merestui hubungannya dengan Fitri.Lebih-lebih  lagi usia Fitri yang jauh berbeza itu.Fitri mengerti bahawa kedua orang tua Suliana menggangapnya sebagai penghalang untuk Suliana meneruskan pelajarannya.Tapi bagi Fitri,dia tidak menghalang  untuk Suliana meneruskan pelajarannya cuma dia tidak boleh menunggu lebih lama lagi.Di sebalik  wajah fitri yang tenang itu dia telah menyimpan satu rahsia. Rahsia itu amat berat sekali untuk dia mencurahkannya.Terutama kepada Suliana.Fitri hanya menunggu masa yang sesuai untuk dia berbuat demikian.Tapi desakkan orang tua Suliana untuk meneruskan pelajaran, membuatkan Fitri terpaksa berfikir dua kali.Fitri tidak mahu menghalang niat ibu dan ayah Suliana,berdosa baginya berbuat demikian.Lebih-lebih lagi,Suliana anak yang sulung dan anak perempuan tunggal.Ibu dan ayahnya menaruh harapan terhadapnya.Suliana sebenarnya dari keluarga yang berada.Kehidupannya sentiasa senang,apa yang dipinta kedua orang tuanya turutkan.Tapi kehendaknya kali ini tidak dipersetujui mereka berdua.Mereka beranggapan itu satu tindakkan yang bodoh dan sia-sia.Kahwin dan melepaskan peluang melanjutkan pelajaran.
 
        
 bersambung.......              

DEAR MY HUSBAND

my love,
my love is on hold
my love will rest in bloomed
lets it remain
be the last love




my love,
shaded face
captured my heart
give strength of spirit
hope happily ever after




my love,
you're poison you're  the honey
you're still my idol
i'm happy with you
thank my husband
you are always in my heart.
INSYAALLAH...............

RENUNG-RENUNGKAN

SEGALA bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan
 yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang
 mukmin adalah menjadi "kaffarah" (penghapus) 
kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa
 bencana itu.

Hadith Muslim dari Abdullah r.a katanya:”Aku datang 
mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit,
 lalu kusentuh baginda seraya berkata:”Ya Rasulullah! 
Demam anda bertambah teruk.”

Jawab baginda,”Memang demamku sama 
dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, 
“Semoga anda mendapat pahala berganda pula.”
Jawab baginda:”Semoga!”

Kemudian sabda baginda pula: ”Tidak ada seorang 
muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan 
sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala 
dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan 
daunnya.” Huraian

Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
 "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu 
menurut besarnya sesuatu bencana ujian; 
dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu 
kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang 
menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan 
beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang 
bersikap keluh kesah serta benci menerima
ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan 
dari Allah."
 (at-Tirmidzi dan Ibn Majah)

Rintihan.......

DUNIA YANG SEMAKIN TUA
BERTAMBAH KESENGSARAAN DALAM PEREDARAN MASA
TIDAK SEMUA YANG BOLEH MEMAHAMI
TIDAK SEMUA YANG BOLEH MENAMPILKAN DIRI




JUTAAN MANUSIA 
JUTAAN RAGAMNYA
TERFIKIR JUA DIKELOPAK HATI
APAKAH TERJADI BILA DUNIA TERHENTI


KEMUSNAHAN PASTI HAMPIR
TERLERAI SEGALA PERSOALAN
SEKELIP MATA HALILINTAR MEMBELAH BUMI
SEMPATKAH KITA MENGINSAFI DIRI


SEDARLAH MANUSIA DI MUKA BUMI
ENTAH ESOK 
ENTAH LUSA
TERCABUT NYAWA DARI BADAN
TIADA SIAPA YANG MENJANGKAKAN
KECUALI YA RABULALAMIN

novelku yang terbiar......bertajuk episod kehidupan

                      teringat




                   "Hidup ini mengapa tiba-tiba menjadi seksa.Jika lautan luas bisa kurenangi.Jikalah menjadi primadona bisa kuhadapi........
Mengapa ketika ini hatikulah yang bergetar.Hari ini,kita tidak lagi bersama seperti hari-hari yang lalu.Hari yang biasaku tatapi wajahnya.yang suram itu.Tapi kini raut wajahnya hilang di balik sudut pandangan ku".
                     Itu saja yang dapat dikeluhkan oleh Suliana.Hari-hari bahagianya berakhir dengan kesedihan.Sungguh malang nasibnya,dulu dia seorang yang periang,peramah dan sentiasa tersenyum mesra.Berlainan dengan sekarang.Dia lebih suka termenung,memikirkan masa depan yang harus ditempohinya.Dalam usia yang muda dia telah menjadi janda.
                      "Alangkah lembutnya angin,daun-daun bersiul dan unggas berterbangan.Alangkah mahalnya harga sebuah perpisahan.Selama ini aku tidak sempat merindu kerana kita tidak pernah berpisah.Tetapi hari ini kau jauh sekali.Terlalu banyak ku ingat tentang mu.Aku lupa dunia kerana kau".Suliana mengeluh lagi.


bersambung............

selamat bertemu.......

Alhamdunillah selamat bertemu di ruang ini.....pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada anak-anak yang membantu saya dalam membina laman ini.

sudah agak lama juga saya tidak mengerakkan jari jemari ini untuk meluahkan apa yang tersirat dalam sanubari .Almaklumlah sejak menjadi surirumah cita-cita mengarang ini terputus di tengah jalan.Syukur pada ALLAH kerana masih memberi denyutan nadi.....sudah terlalu lama otak ini tidak berkerja .....mungkin sekarang ni bahasa yang puitis pun sukar untuk dirungkaikan.Apa tidaknya  bahasa yang keluar seharian adalah bahasa pasar...kadang-kadang kasar didengar dek halua telinga.Mana tidaknya melayan kerenah anak-anak yang kian membesar.Terfikir juga di sanubari sebagai ibu sepatutnya bahasa-bahasa manja dilontarkan kepada anak-anak.Anak-anak moden katakan.....orang katalah bukan saya yang kata.
Apapun seronok jugak di sini saya dapat coretkan apa-apa yang boleh saya kongsikan pengalaman bersama pengunjung blog........

Buat permulaan ini saya dah pun sertakan sajak ...yang mana saja-saja dihasilkan......
Akan datang saya akan paparkan novel yang saya hasilkan  yang terperuk lama........

Terima kasih teman